Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece #1011: Pakatan antara Big Mom & Kaido mungkin sudah tamat! Perang tiga hala?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece #1011: Pakatan antara Big Mom & Kaido mungkin sudah tamat! Perang tiga hala?

Sumber - Amanomoon_, majkanart

Share on FacebookShare on Twitter

Story arc Wano di One Piece telah maju dalam cara yang sangat tidak dijangka! Masih lagi mengisahkan “Onigashima Raid“, bab #1011 dari manga menunjukan bahawa salah satu daripada dua antagonis semasa dalam story arc ini mungkin akan berpaling tadah.

AMARAN! Di bawah adalah spoiler untuk manga One Piece bab #1011!

One Piece, Ch. 1,011: Split from Kaido, Big Mom goes on a rampage of her own! Read it FREE from the official source! https://t.co/URg7HBPgss pic.twitter.com/GPFTwTuuB7

— Shonen Jump (@shonenjump) April 25, 2021

Dalam bab sebelum, Big Mom hampir lemas selepas Law dan Kidd bekerjasama untuk mengasingkannya dari Kaido. Setelah diselamatkan oleh Prometheus, Kidd dan Killer memutuskan untuk mengejar Big Mom. Dalam bab #1011, Big Mom menyerang balas dan melancarkan serangan elektrik baru dari awan bernama “Hera” yang menggantikan Zeus. Serangan dahsyat ini, dilabel sebagai Fulgora, menyebabkan dirinya, bersama Kidd dan Killer, terhempas semula di pulau Onigashima di mana Big Mom terjatuh di tingkat dua.

Di tingkat dua, kami boleh melihat Tama (seorang budak perempuan dari Wano), bersama Nami dan Usopp sedang menunggang Komachiyo sambil dikejar oleh Page One, salah satu ahli Tobi Roppo. Page One bertungkus lumus mengejar Komachiyo, di mana kita dapat melihat beberapa adegan lucu dari Nami dan Usopp yang tidak berhenti memukul muka Page One kerana takut dibunuh.

Tama yang lebih berani, mengarahkan Komachiyo untuk pergi ke kawasan istana yang lebih terbuka, di mana dia membuat rancangan untuk memerintahkan ke semua Beast Pirate menggunakan abiliti Kibi Dango (dango yang diperbuat dari pipinya, semua yang memakan dango ini akan patuh pada arahan Tama). Usopp menembak dua Pop Green berturut-turut yang berjaya melambatkan Page One, dan fikir mereka berjaya selamatkan diri. Malangnya, Big Mom tiba-tiba muncul di depan mereka. Big Mom sudah siap sedia untuk membunuh Usopp dan Nami … sehinggalah Tama menyapanya.

Yang peliknya, semua kejahatan Big Mom serta merta hilang, dan diganti dengan sifat yang ramah tamah terhadap Tama. Menurut Prometheus, ini adalah Big Mom dalam “mod ibu”. Ketika Nami dan Usopp bersembunyi di celah bulu Komachiyo, Big Mom berterima kasih kepada Tama kerana membantunya ketika dia hilang ingatan di kota Okobore.

Tama memberitahu Big Mom bahawa kota Okobore sebenarnya telah dibakar oleh konco-konco Kaido. Setelah mendengar perkara ini dari Tama yang menangis, kemarahan Big Mom kembali semula. Pada saat itu, Page One berjaya bertemu Usopp dan Nami. Dia juga melihat Big Mom dan menganggap Yonko tersebut ada di sini untuk membantunya. Sebaliknya, Big Mom kata “walaupun dalam dunia lanun yang kejam, masih ada ‘code of honor’,” lalu memberi satu tumbukan haki ke leher Page One.

Pada hujung bab ini, pembaca boleh melihat Big Mom mengarahkan kemarahannya kepada anak buah Kaido. Bergantung pada bagaimana situasi ini berubah, Big Mom mungkin akan menamatkan pakatan mereka dan berperang sekali dengan Kaido juga.

Apa pendapat anda tentang bab ini? Siapa sangka Big Mom ada prinsip yang kuat? Adakah Big Mom akan mulakan perang tiga hala baru? Jom kongsi pendapat dengan saya sekarang di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan sini.

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebab #1011Big Mommangaone pieceTama
Previous Post

Angin bersepoian di peta baru Breeze, serta pelbagai kemaskini di VALORANT!

Next Post

Hood: Outlaws & Legends mendedahkan rancangan pra-pelancaran dan kandungan Year 1 Edition

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang
Review

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Acara

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

May 13, 2025
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Berita

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

May 13, 2025
Next Post
Hood: Outlaws & Legends mendedahkan rancangan pra-pelancaran dan kandungan Year 1 Edition

Hood: Outlaws & Legends mendedahkan rancangan pra-pelancaran dan kandungan Year 1 Edition

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd