Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Godfall akan dijangka hadir ke PS4 bermula Mei ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 26, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Godfall akan dijangka hadir ke PS4 bermula Mei ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Godfall adalah permainan action-adventure yang dihasilkan oleh Gearbox Software untuk PlayStation 5, tetapi ia tidak mendapat sambutan yang hebat semasa pelancarannya tahun lalu. Permainan ini juga hanya boleh didapati di Epic Games Store untuk platform PC. Menurut senarai penilaian PEGI, Godfall dilaporkan akan hadir ke PlayStation 4 dalam masa terdekat.

PEGI telah membuat penyenaraian baru untuk permainan tersebut pada 23 April dan mempunyai penarafan dan perincian versi asal yang sama. Godfall juga mendapat ulasan dimana ia tidak menarik perhatian pengkritik serta pemain kerana tidak berinspirasi dan terlalu generik. Ia juga tidak berjaya memasuki carta jualan semasa dilancarkan, walaupun dikategorikan sebagai permainan eksklusif PS5.

Jika Godfall akan tersedia untuk PS4, ianya akan menerima penurunan sistem yang serius. Ini kerana di PS5, Godfall dimainkan pada 60 fps dengan resolusi 4K, dan memang mustahil untuk dilakukan di PS4. Bukan itu sahaja, ciri unik seperti haptic feedback pada controller DualSense pasti dibuang dari Godfall.

Dengan penamatan eksklusif permainan pada bulan Mei nanti, tidak mustahil untuk Gearbox akan membawanya ke platform lain terutama untuk PS4. Berdasarkan penarafan PEGI, mereka tidak menyenaraikan Xbox One atau Xbox Series X sebagai port untuk Godfall.

Tambahan pula, Counterplay Games telah mengesahkan Godfall akan diberikan matchmaking, dimana akan membantu mengatasi kritikan utama yang diterima semasa awal pelancaran. Jadi peminat Godfall mungkin boleh menunggu permainan ini tiba ke konsol lain.

Counterplay Games telah menambah baik permainan ini dengan beberapa cara yang berbeza sejak ia dilancarkan. Mereka menggabungkan maklum balas peminat ketika menghasilkan Godfall Primal Update, yang menambahkan kandungan baru dan membuat beberapa perubahan kecil untuk kualiti permainan.

Jadi jika sebelum ini anda teringin untuk bermain Godfall di konsol, mungkin anda boleh siap sedia untuk kedatangan permainan ini di PS4 pula. Harap Counterplay Games tidak membuang banyak ciri-ciri unik permainan ini nanti.

Tags: Godfallps5
Previous Post

ZIGMA dinobatkan sebagai juara ROG Masters Asia Pacific 2021!

Next Post

Mod Arena 3v3 terbaru memang Best! Ini dia ulasan pendedahan Apex Legends Legacy!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Mod Arena 3v3 terbaru memang Best! Ini dia ulasan pendedahan Apex Legends Legacy!

Mod Arena 3v3 terbaru memang Best! Ini dia ulasan pendedahan Apex Legends Legacy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd