Jika sebelum ini ketinggian dan saiz kaki Lady Dimitrescu telah dikongsikan, Capcom nampaknya sekali lagi telah berkongsi beberapa perincian baru mengenai salah satu watak kegemaran peminat dari Resident Evil Village yang akan datang ini. Dalam edisi terbaru majalah Game Informer, pengarah seni Tomonori Takano menyatakan bahawa pasukan mereka ingin mengelakkan wanita tinggi lampai itu terlalu kelihatan seperti vampire.
“Reka bentuk Dimitrescu menggunakan motif vampire,” kata Takano. “Tetapi jelas jika kita langsung menuju ke arah bahawa itu akan sangat stereotaip. Kami ingin memastikan kami membuat sesuatu yang lebih terkesan.”
Takano melanjutkan perkongsiannya dengan menyatakan bahawa pasukan itu berkolaborasi dengan idea untuk menjadikan Lady Dimitrescu lebih menonjol, dan satu idea yang muncul adalah membuatnya sangat tinggi. Secara khusus, dia berdiri setinggi sembilan kaki, enam inci. Para pemaju juga memperhatikan ketelitian pakaian Dimitrescu untuk membuatnya kelihatan unik.
“Bercakap tentang pakaian juga, ia lebih kepada pakaian Gothic terus, ianya juga seperti dilupakan, jadi kami mengubahnya sehingga ianya nampak lebih menonjol,” kata Takano. “Seperti Village, kami ingin memastikan dia memiliki tingkat kepercayaan, tapi tidak dapat dilupakan.”
Pembangun juga mengesahkan dalam temu ramah itu bahawa nama lengkap Lady Dimitrescu adalah Alcina Dimitrescu dan bahawa dia tinggal di sebuah istana yang menghadap ke kampung bersama tiga wanita vampire. Mereka diibaratkan sebagai “anak perempuannya” tetapi sama ada atau tidak ada pertalian darah, itu yang harus dilihat di permainan penuh kelak.
Dalam berita lain mengenai wanita tinggi, anda mungkin salah menyebut nama Lady Dimitrescu selama ini. Yang agak menarik perhatian kami kerana sememangnya payah untuk menyebutnya;
I’ve received a few questions about the pronunciation of Lady Dimitrescu! Capcom briefed me on how to say it properly (believe me, I asked) and they approved the take, soooo take that for what you will. 😉 https://t.co/GsZuUviEuV
— Brittney Brombacher (@BlondeNerd) April 16, 2021
Bukan itu sahaja, satu lagi perkongsian yang agak menarik perhatian kami adalah makin banyak cosplay Lady Dimitrescu yang dikongsikan. Antara yang menarik dalam pertunjukan cosplay si galah ini adalah Bekas Olympian 6 kaki 9 inci hingga menjadikan Lady Dimitrescu ibarat realiti! Orang yang dimaksudkan adalah Yekaterina Lisina dan anda boleh lihat perkongsiannya melalui laman Instagram miliknya. Tetapi berikut sedikit gambar cosplay nya;
Juga, pelbagai demo tambahan dirancang untuk Resident Evil: Village, dengan yang berikutnya dijadualkan untuk dilancarkan pada 24 April. Sementara itu, permainan penuh akan tiba pada 7 Mei, tetapi anda boleh melihat beta terbuka permainan multiplayer seterusnya RE: Verse yang bermula hari ini. Wowo Lady Dimitrescu Resident Evil Village memang menarik perhatian, dengar cerita dalam permainan pun dia sangat menonjol, jadi jangan lupa akan pelancarannya dan review kami kelak ok!
Sumber: Game Informer, Gamespot; ekaterina_lisina15

@gamersantaimy
Discussion about this post