Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian alfa teknikal Diablo II: Resurrected dibuka bermula 9 April ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 7, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform
0 0
0
Ujian alfa teknikal Diablo II: Resurrected dibuka bermula 9 April ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo II: Resurrected dilaporkan akan membuat ujian alfa teknikal oleh Blizzard pada minggu ini. Ujian ini untuk pemain PC bermula Jumaat, 9 April jam 10 malam sehingga Isnin, 13 April jam 1 pagi bagi para pemain menguji Diablo. Maklumat mengenai alfa teknikal serta kandungan yang dimainkan akan diberi semasa ujian berlangsung.

Semasa alfa teknikal berlangsung, pemain akan mempunyai tiga daripada tujuh kelas permainan yang boleh dipilih. Amazon, Barbarian dan Sorceress adalah tiga kelas yang boleh dipilih untuk ujian ini, setiap darinya mempunyai gaya permainan yang berbeza. Bagi kelas Assassin, Necromancer, Druid dan Paladin pula akan dimainkan dalam ujian akan datang dari Blizzard. Selain itu, Act I dan Act II sahaja yang akan dimainkan dalam ujian alfa teknikal ini. Seperti rancangan kelas, Blizzard menyatakan mereka hanya memfokuskan ujian ini di dua Act pertama permainan.

Let the claws of the demons drag you back in. The #DiabloII: Resurrected Technical Alpha starts 4/8.

💀 https://t.co/IhtHlcH4iB pic.twitter.com/efD0ywQcL4

— Diablo (@Diablo) April 6, 2021

Tambahan pula, ujian alfa teknikal ini hanya diberikan untuk yang terpilih sahaja. Blizzard akan memilih pemain secara rawak dan akan menghantar arahan kepada yang terpilih untuk ujian ini. Namun jangan bersedih jika anda tidak terpilih, kerana Blizzard akan memberi peluang untuk ujian yang akan datang.

Perlu diingatkan ujian ini terhad kepada mod single player sahaja, jadi anda tidak akan dapat bekerjasama dengan rakan dari mana-mana kelas lain. Permainan penuh untuk Diablo II: Resurrected ini akan menyokong multiplayer, tetapi tidak semasa ujian ini berlangsung. Mod multiplayer hanya akan dijalankan pada ujian yang akan datang.

Diablo II: Resurrected masih belum diumumkan lagi tarikh pelancaran rasminya, namun Blizzard menyatakan ianya akan dilancarkan pada tahun ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini, anda boleh menekan pautan untuk membaca berita dan ulasan kami.

Lihat di sini
Diablo II: Resurrected
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Vicarious Visions
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Diablo II: Resurrected adalah remaster untuk permainan Diablo II asli. Ia akan dilancarkan di platform Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One, dan Xbox Series X dan Series S pada tahun 2021.
Tags: Alpha TechnicalBlizzardDiablo II: ResurrectedPC
Previous Post

Tinggi dah 292 cm, saiz kaki “Lady Dimitrescu” Resident Evil Village pula didedahkan!

Next Post

Bandai melancarkan Gunpla Recycling Project supaya bumi kekal hijau!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Bandai melancarkan Gunpla Recycling Project supaya bumi kekal hijau!

Bandai melancarkan Gunpla Recycling Project supaya bumi kekal hijau!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd