Selepas penamat Golden Wind dan kisah Giorno Giovanna, ramai peminat yang menunggu untuk keluaran musim keenam. Akhirnya, saya datang dengan berita gembira! Didedahkan semasa acara langsung “JoJo’s Bizarre Adventure the Animation ~JOESTAR Inherited Soul ~“, manga JoJo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean oleh Hirohiko Araki akan mendapat adaptasi anime.
Bagi mereka yang tidak tahu jalan cerita Stone Ocean, ia mengisahkan Jolyne Cujoh yang terpaksa masuk ke dalam penjara untuk jenayah yang tidak dilakukannya. “Diberkati” dengan kuasa “Stand“, ia membolehkan Jolyne berubah menjadi tali benang dan melakukan pukulan ala-ala seperti mesingan. Kini, dia perlu menavigasi melalui penjara yang bahaya ini untuk menyelamatkan diri sendiri sambil menyelamatkan bapanya yang kini diancam oleh rancangan jahat Dio Brando.
Dihasilkan oleh David Production (juga bertanggung jawab untuk semua adaptasi anime JoJo’s Bizarre Adventure), Stone Ocean adalah salah satu jalan cerita paling menarik sejak kita pertama kali mengikuti keluarga Joestar dari awal anime pertama.
Selepas pengesahan Stone Ocean, yang tinggal hanyalah dua lagi story arc untuk diadaptasikan dari manga iaitu Steelball Run dan JoJolion. Kedua-dua story arc ini berlaku dalam situasi yang berbeza, dan mengisahkan ahli Joestar yang tinggal dalam realiti berlainan.

Itu sahaja yang saya tahu buat masa ini. Adakah anda teruja untuk menonton JoJo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean? Siapa ahli Joestar kegemaran anda setakat ini? Sila beritahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang JoJo’s Bizarre Adventure, sila tekan di sini.
Sumber – anime_jojo
@gamersantaimy
Discussion about this post