InnerSloth memperkenalkan peta ‘The Airship‘ untuk Among Us pada bulan Disember tahun lalu semasa acara The Game Awards 2020, dan pada masa yang sama, menampilkan sebuah trailer tayangan perdana yang memberitahu peta itu akan keluar pada awal 2021. Ramai peminat menganggap ia akan dikeluarkan sekitar bulan Januari atau awal Februari, tetapi ternyata peta itu tidak akan sampai sehinggalah akhir bulan Mac pada 31 Mac (1 April di Malaysia). Selepas sekian lama menunggu, akhirnya ia tiba, dan seperti yang dijanjikan, InnerSloth berjaya mengeluarkan peta baru ‘The Airship‘.
Peta Airship dilancarkan hari ini dan kini tersedia untuk semua pemain Among Us di seluruh dunia. Seperti yang diberitahu dalam kemas kini InnerSloth, peta ini mempunyai tugas baru dan kawasan untuk untuk diterokai. Kemas kini juga memperkenalkan skin dan topi Among Us baru untuk pemain menyesuaikan avatar mereka. Versi berbayar untuk skin ini dilengkapi dengan animasi “membunuh” baru. Fitur akaun peribadi yang ditunggu-tunggu juga telah tiba.
Peta Airship adalah yang peta terbesar di Among Us buat masa ini, dengan 19 lokasi untuk pemain kunjungi. Antara lokasi yang pemain pasti tahu termasuk “Electrical, Communications, dan Security“. Segala lokasi lain adalah baru, dan selepas tamatnya “mesyuarat”, pemain dapat memilih di mana mereka ingin muncul di peta.
What's in our future plans for Among Us?
🚀 Full art style revamp
🚀 Bigger lobbies – up to 15 players
🚀 More transparency & updatesGet all the info on the latest update and plans on our dev log: https://t.co/lLTZu6Iq3E pic.twitter.com/PJpsIfInQA
— Among Us (@AmongUsGame) March 31, 2021
Dengan pelancaran peta Airship, InnerSloth mengambil kesempatan untuk menjelaskan tentang masa depan Among Us. Pertama, gaya seni permainan diubahsuai sepenuhnya. Kedua, InnerSloth akan menambah lobi yang lebih besar tidak lama lagi, untuk meningkatkan jumlah maksimum pemain dari 10 hingga 15. Akhir sekali, InnerSloth akan lebih jujur pada masa akan datang kerana kekurangan kemas kini di peta The Airship.
Among Us kini boleh didapati di Android, iOS, PC, dan Switch manakala versi Xbox One dan Xbox Series X/S akan datang pada tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post