Tencent telah mendapat 5% keuntungan minoriti dari pembangun studio Game Science yang terkenal dengan permainan Black Myth: WuKong mereka. Game Science adalah pembangun permainan video indie dari China yang bermula sejak dari tahun 2014.
Tencent has acquired a 5% minority stake in Game Science, the developer of Black Myth: Wu Kong.
Game Science studio will continue to operate autonomously following this investment.
Game Science is a Chinese indie studio founded in 2014. https://t.co/WoDyBQqKcz
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) March 29, 2021
Di dalam Twitter rasmi Daniel Ahmad, beliau turut menyatakan CEO kepada Game Science juga menjelaskan mengenai beberapa syarat yang ditetapkan untuk pelaburan bersama Tencent. Antara syarat yang ditetapkan oleh mereka adalah, Tencent tidak boleh mencampur tangan dalam melaksanakan projek terkini dan Tencent serta Epic akan menyediakan sokongan teknikal kepada mereka untuk penggunaan Unreal Engine. Game Science juga menetapkan yang pelaburan bersama ini adalah hanya untuk mengembangkan industri PC dan konsol dalam domestik sahaja.
Sudah tentu ironi dalam pelaburan ini adalah Feng Ji, CEO kepada Game Science membuatkan Tencent tidak dapat membuat permainan AAA seperti Black Myth yang dihasilkan mereka. Beliau turut berkongsi bagaimana pelaburan bersama ini boleh terjadi dalam laman web Zhihu.
Sedikit perkongsian dari kami mengenai Game Science, ianya adalah sebuah studio indie di China yang dikendalikan oleh bekas pekerja Tencent Games. Studio ini akan mengeluarkan permainan Black Myth: WuKong, iaitu permainan Action Adventure Single-Player RPG yang berdasarkan kisah Journey to the West. Permainan ini menggunakan UE4 yang akan hadir ke PC dan konsol dan masih tiada lagi pengumuman mengenai pelancarannya.
Anda boleh lihat trailer Black Myth: WuKong di sini.
Hebat betul Game Science ni sebab berani untuk buat perjanjian bersama dengan syarikat besar seperti Tencent, dan dapat majoriti kepentingan dalam perjanjian ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post