Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds tersedia untuk pra-daftar sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 16, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds tersedia untuk pra-daftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan hari ini, penerbit Square Enix dan pemaju DeNA akan mengeluarkan game team action RPG “Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds untuk iOS dan Android di pasaran global.

Bagi mereka yang berminat, pra-pendaftaran kini tersedia hanya untuk Android sahaja melalui Google Play buat masa ini sehingga 4 April. Selepas itu, sebuah ujian beta tertutup untuk Android akan diadakan dari 7 hingga 15 April (mungkin di Jepun sahaja).  Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, melalui laman web rasmi:

  • Kisah klasik: Dragon Tracks – Jalan cerita Dragon Tracks mengikuti kisah siri Dragon Quest The Adventure of Dai yang asli. Selesaikan misi untuk menambahkan watak ikonik dalam pasukan anda!
  • Pengembaraan baru: Bonding Journey – Bonding Journey adalah jalan cerita serba baru yang ditulis di bawah pengawasan Riku Sanjo! Ia berlangsung di dunia misteri Milladosia, yang mirip dengan dunia The Adventure of Dai. Pinky, si Dracky merah jambu (reka bentuk oleh Koji Inada) akan membimbing wira kita.
  • Bintang cerita adalah anda – Ketua Luminary! – Bekerjasama dengan Dai dan rakan-rakannya ketika anda berjuang untuk melindungi dua dunia dan semua ikatan yang menyatukan penghuninya! Anda boleh mengubah gaya rambut, wajah, jantina dan banyak lagi! Ubahsuai watak dan mengembara dengan bergaya!
  • Tukar kelas dan dapatkan kelebihan! – Sebagai ketua Luminary, anda boleh beralih ke pelbagai kelas seperti warrior, martial artist, mage, dan banyak lagi! Pilih yang paling sesuai dengan gaya permainan anda!

Sistem Pertempuran & Gameplay

  • Maju dengan sekutu anda dalam pertempuran “three-lane” yang dinamik! – Libatkan diri dalam pertempuran “three-lane” yang dinamik dan intuitif! Lancarkan serangan yang kuat semasa anda menikmati gameplay yang mudah namun mendalam! Main multiplayer co-op hingga tiga pemain dan menaklukkan musuh anda!
  • Tingkatkan peralatan dan kemahiran serta selesaikan misi baru! – Hebatkan lagi senjata, perisai, kemahiran dan abiliti watak. Selesaikan misi, naikkan kekuatan, dan hadapi musuh yang kuat!
  • Kuatkan sekutu anda dengan sistem Bonding Halo! – Rapatkan diri ]dengan sekutu anda dengan bertarung bersama-sama! Apabila tahap “Friendship” watak dinaikkan, mereka akan semakin kuat, dan anda juga akan membuka adegan khas bersamanya! Kuatkan ikatan anda dan membesar bersama sebagai satu pasukan!

 

1 of 3
- +

Itu sahaja info yang kami ada buat masa ini untuk Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds! Untuk pautan pra-daftar, saya telah sediakan pautan di bawah.

Muat turun di sini
Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds
Publisher: Square Enix
Developer: DeNA
Release Date TBC
Android, iOS
Alami semula legenda The Adventure of Dai dalam RPG penuh aksi baru ini, dibuat semula dan dioptimumkan untuk peranti mudah alih anda. Dengan krisis lain sedang melanda dunia, Dai berjanji kepada mentornya, bertemu dengan rakan baru, dan perlahan-lahan belajar tentang takdirnya yang tidak dapat dielakkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidDeNADragon QuestDragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s BondsMobilepra daftarsquare enix
Previous Post

Pre-Order ROG Phone 5 Eksklusif di Shopee bermula 19 Mac ini!

Next Post

Sony Mengesahkan Ia Mematikan Ciri PlayStation Communities Di PS4

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Sony Mengesahkan Ia Mematikan Ciri PlayStation Communities Di PS4

Sony Mengesahkan Ia Mematikan Ciri PlayStation Communities Di PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd