Game perlumbaan terbaik yang dibangunkan Microsoft, Forza Horizon 4 kini boleh didapati di Steam. Game ini pada mulanya hanya tersedia di Xbox dan Windows Store, kini anda boleh membelinya di Steam.
Edisi Steam Forza Horizon 4 ini mempunyai sokongan cross-play, yang membolehkan pengguna game ini berlumba bersama atau menentang pemain dari Xbox, Windows 10 PC, dan dari Cloud melalui Android. Ia juga termasuk dalam Steamm Cloud saves, walapun cross-play antara Steam dan platform lain tidak disokong “due to technical limitations” menurut Microsoft.
Steam kini telah menjual pelbagai edisi Forza Horizon 4, termasuk limited edition, Digital Deluxe editon, dan Ultimate edition, yang disediakan dengan pelbagai pek DLC dan beberapa tambahan yang lain. Apa yang perlu anda perhatikan nanti ialah andaa masih memerlukan akaun Xbox Live untuk memainkan game Forza Horizon 4 ini di Steam.
Menurut ulasan Gamespot, Forza Horizon 4 telah menjaringkan permainannya 9/10. “he charm of the Horizon series is as palpable as ever, a winning, all-inclusive recipe that celebrates the joy of driving above all else,” kata pengulas, Edmond Tran.
Developer bagi Forza Horizon 4, Playground Game kini sedang dalam projek mengusahakan Fable RPG yang seterusnya untuk Xbox Series X dan PC.
Jadi anda boleh dapatkan game Forza Horizon 4 di Steam sekarang pada harga bermula dari harga RM95.00.
Steam Forza Horizon 4 edisi Steam ini didevelop oleh Sumo Nottingham. Korang boleh semak keperluan spesifikasi sistem bagi game Forza Horizon 4 ini dibawah.
Keperluan Spesifikasi Sistem Forza Horizon 4
Minima
- OS: Windows 10 version 15063.0 or higher
- Processor: Intel i3-4170 @ 3.7Ghz OR Intel i5 750 @ 2.67Ghz
- Memory: 4 GB RAM
- Graphics: NVidia 650TI OR AMD R7 250x
- DirectX: Version 12
- Network: Broadband Internet connection
- Storage: 80 GB available space
Rekomendasi
- OS: Windows 10 version 15063.0 or higher
- Processor: Intel i7-3820 @ 3.6Ghz
- Memory: 8 GB RAM
- Graphics: NVidia GTX 970 OR NVidia GTX 1060 3GB OR AMD R9 290x OR AMD RX 470
- DirectX: Version 12
- Network: Broadband Internet connection
- Storage: 100 GB available space
Apa pendapat korang fans game racing? Rasa korang nak race map mana malam minggu ni?
Sumber: GameSpot

@gamersantaimy
Discussion about this post