Grand Theft Auto 5 telah dilancarkan lebih dari tujuh tahun yang lalu untuk PS3 dan Xbox360, Permainan konsol ini pernah menjadi suatu fenomena semasa ia dilancarkan pada tahun 2013 dan sehingga kini ia tetap menjadi salah satu permainan paling popular sepanjang masa dan masih relevan untuk dimainkan. Kejayaan ini berasal dari GTA Online, komponen berbilang pemainnya yang telah diperbaharui secara konsisten berserta dengan kandungan baru. Dengan kehadiran konsol PS5 dan XBOX Series X|S, anda mungkin tertanya-tanya apakah permainan GTA Online akan ada di PS5 dan XBox Series?
GTA Online di PS5 dan Xbox Series X|S
Ya, GTA Online dirancang akan melancarkan ke PS5 dan Xbox Series X|S?.Ini bukanlah port sederhana yang hanya meningkatkan resolusi, mahupun dengan rancangan kandungan yang hanya akan pemain dapat di versi ataupun di PC
Di PlayStation, pemain mereka akan diberikan beberapa kandungan eksklusif, begitu juga dengan mereka yang bermain di PS4 mendapat $1juta GTA Cash setiap bulan mereka jika mereka log masuk sehingga versi baru dikeluarkan. Masih belum ada tanda dari developer yang permainan GTA Online ini akan datang dengan sokongan sistem cross-play dengan generasi sebelumnya, namun masih panjang lagi perancangan ini sebelum dilancarkan.
Bila GTA Online ke PS5 dan Xbox Series X|S?
Rockstar masih belum memberi tarikh tepat keluaran permainan ini di konsol generasi baru, tetapi kita tahu ia akan berlangsung pada pertengahan tahun 2021 ini. Seiring dengan peningkatan prestasi dan visual, versi kali ini akan di datangi dengan sama ada sebagai sebahagian Grand Theft Auto 5 di platform atau cuma pelepasan sendiri. Tidak seperti permainan sebelum mereka Grand Theft Auto 4, Grand Theft Auto 5 tidak pernah menerima pengembangan single-player dalam permainan mereka.
Di PS5, pemain akan diberikan GTA Online secara percuma selama tiga bulan pertama. Rockstar masih belum mengumumkan beberapa harga versi pelepasan sendiri GTA Online, walaupun kami menjangkakan harga yang akan dilancarkan sekitar $20 dan $40 oleh Rockstar.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang berita perkembangan mengenai GTA Online, boleh layari di laman web rasmi GTA Online.
Sumber: Gamespot

@gamersantaimy
Discussion about this post