Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama Pokemon Unite: MOBA comel untuk peminat tegar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 8, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, iOS, MOBA, Mobile, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, Panduan, Review
0 0
0
Pandangan pertama Pokemon Unite: MOBA comel untuk peminat tegar!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, saya memberitahu bahawa anda semua boleh memuat turun game MOBA Pokemon Unite versi beta sekarang di telefon pintar. Walaupun ia tidak sepatutnya boleh dimainkan di Malaysia, pengguna yang berminat boleh memuat turun game ini melalui aplikasi TapTap. Memandangkan saya pun sudah mencuba, inilah pandangan pertama saya untuk Pokemon Unite, sebuah MOBA comel untuk peminat tegar.

https://www.youtube.com/watch?v=D7pL6pFgo_g

Di sini, saya ingin kongsikan info tentang mekanik, gameplay, dan setiap Pokemon termasuk abiliti mereka! Tanpa melengahkan masa lagi, mari saya menjelaskan apa itu Pokemon Unite!

Gameplay & mekanik asas

Walaupun kelihatan mudah, ramai juga yang tidak memahami konsep asas Pokemon Unite. Untuk pemain MOBA yang tegar, kamu mungkin tiada masalah. Jadi disini saya akan memberi rumusan ringkas. Untuk Pokemon Unite, kita bermain secara bekerjasama dalam pertarungan 5v5, dan harus menjaringkan mata ke zon pihak lawan. Pasukan yang mendapat markah terbanyak apabila perlawanan berakhir akan menjadi pemenang.

Buka sahaja game ini, kita terpaksa melalui beberapa tutorial yang dapat membantu pemain baru membiasakan diri dengan gameplay Pokemon Unite. Selepas selesainya bahagian itu, saya harus memilih rakan Pokemon menggunakan “unite license” yang terdiri daripada Eldegoss, Snorlax, Pikachu, Charizard, dan Talonflame.

Di skrin pemilihan watak pula, anda akan melihat apa yang dipilih oleh rakan sepasukan, di mana game itu sendiri akan mengesyorkan jenis watak apa yang harus digunakan untuk membina pasukan yang seimbang. Ini merupakan ciri yang sangat baik, terutama untuk pemain baru.

Pasukan yang seimbang terdiri dari 5 peranan asas iaitu Support, Standard, Defense, Speed, dan Power. Setiap Pokemon mempunyai cara serangan sendiri termasuk jarak jauh dan jarak pendek, dan akan belajar sejenis abiliti baru pada level 1 → 3 →5 →7, dan kemudian “Unite Move” di level 9. Setiap Pokemon juga bermula pada peringkat Beginner, dan akan naik ke Medium, atau Master mengikut betapa lama kita menggunakannya.

Berbeza sedikit daripada game Pokemon lain, jenis Pokemon tidak memainkan peranan yang besar. Jadi anda tidak perlu risau tentang jenis Pokemon mana yang mempunyai kelebihan atau kekurangan semasa dalam pertarungan.

Cara-cara untuk menang

Bagaimanakah cara untuk menang? Konsep asas adalah untuk menewaskan Pokemon liar yang mempunyai nombor di atas kepala mereka. Dengan mengalahkan Pokemon liar ini, ia akan memberi anda sumber yang boleh digunakan untuk deposit di zon pihak lawan untuk pasukan memperolehi mata. Kita harus menjaringkan lebih banyak mata daripada pasukan lawan sebelum waktu habis dan inilah caranya untuk memenangi perlawanan!

Semasa menewaskan pokemon liar, ini akan menjana EXP (experience) untuk Pokemon kita berevolusi, yang merupakan elemen yang sangat penting untuk mana-mana permainan. Perlawanan standard akan berdurasi 10 minit dan walaupun ini adalah masa yang agak singkat untuk sebuah MOBA, di Pokemon Unite ia terasa agak panjang. Ia menjadi lebih gila pada 2 minit terakhir kerana masa itu kita akan mendapat mata 2x untuk setiap gol.

Sekarang saya ingin jelaskan tentang sistem kawalan. Seperti yang dipamerkan dalam trailer, kita menggunakan joystick digital untuk menggerakkan Pokemon, dan ada 4 butang berbeza (butang abiliti hanya 3) untuk menyerang.

Mula-mula, butang abiliti akan digelapkan kerana kita masih belum membukanya, tetapi seiring dengan waktu perlawanan, setiap abiliti akan dibuka apabila kita meningkat level. Butang serangan biasa tidak mempunyai cooldown, tetapi setiap abiliti mempunyai tempoh cooldown yang berbeza.

Antara tambahan yang menarik adalah tentang Pokemon dan barangan rawak yang muncul di dalam peta. Gula-gula dan beri dapat muncul di peta pada bila-bila masa dan boleh meningkatkan kekuatan Pokemon, menyembuhkannya, atau memberi mereka kesan khas.

Selain itu, terdapat beberapa “jump pad” yang boleh kita gunakan untuk melancarkan Pokemon ke lokasi berlainan di peta. Ini sangat membantu jika kita cuba menyerang hendap musuh atau ingin melarikan diri dari mereka.

Harap maklum bahawa Pokemon Unite masih dalam fasa pengujian beta, jadi ada kemungkinan besar beberapa mekanik ini akan berubah sebelum permainan dilancarkan secara rasmi.

Kosmetik & Battle Pass

Seperti mana-mana game mudah alih percuma, Pokemon Unite akan memberi ganjaran kepada pemain setiap kali kita meningkat level, yang terdiri daripada duit dalam permainan, Unite License (untuk membeli Pokemon), avatar, dan lain-lain. Ini memang bagus kerana jumlah syiling atau token yang diperlukan untuk mendapat Pokemon amat banyak.

Satu lagi fitur yang tipikal bagi sebuah MOBA adalah Battle Pass, di mana pemain harus membayar sejenis wang tunai untuk mendapatkan ganjaran dalam permainan secara beransur-ansur. Setiap kali kita dapat menyelesaikan misi dan menaikkan level Battle Pass, pelbagai kosmetik dan barangan istimewa akan dihadiahkan kepada kita dan Pokemon.

Di dalam ujian beta, kita tidak perlu membayar duit sebenar untuk membuka sistem Battle Pass, dan hanya perlu menggunakan sumber mata wang dalam permainan tetapi perkara ini pasti akan berubah pada masa akan datang. Ini hanyalah pandangan pertama untuk Pokemon Unite, jadi masih banyak yang saya tidak tahu.

Pendapat

Bagi pendapat saya, game ini pasti akan menerima sambutan yang tinggi kerana beberapa sebab besar. Pertama sekali adalah populariti francais Pokemon yang sentiasa menarik minat orang di seluruh dunia. Kedua adalah game ini boleh dimainkan secara percuma, yang bermaksud semua orang dapat mencubanya tanpa risiko dan melihat jika mereka dapat menikmati permainan atau tidak.

Sebab terakhir adalah kerana game ini akan keluar di Nintendo Switch dan mempunyai fungsi cross-play dengan peranti telefon pintar. Bukan seperti PC, ini bermakna hampir semua orang yang berminat boleh mencuba game ini dengan memuat turun permainan ini di telefon pintar mereka.

Saya memang tidak sabar untuk pelancaran Pokemon Unite, dan pasti ia akan menerima sambutan yang besar selaku MOBA di pelantar Switch dan juga mobile! Sementara menunggu game ini dikeluarkan secara rasmi di Malaysia, anda boleh cuba dahulu game ini menggunakan pautan di bawah. Itu sahaja untuk pandangan pertama Pokemon Unite, selamat ber-gaming!

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MOBAMobilePandangan PertamapokemonPokémon UNITE
Previous Post

Masa untuk BER-SAIYAN di DLC terbaru XENOVERSE 2 dan FIGHTERZ!

Next Post

KHABAR ANGIN: “GTA ONLINE DI PS5 DAN XBOX SERIES X?!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
KHABAR ANGIN: “GTA ONLINE DI PS5 DAN XBOX SERIES X?!”

KHABAR ANGIN: "GTA ONLINE DI PS5 DAN XBOX SERIES X?!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd