Studio pembangunan dan penerbitan dari Poland, Forever Entertainment, yang bertanggungjawab untuk remake Panzer Dragoon dan Panzer Dragoon 2 Zwei akan datang, telah menandatangani perjanjian dengan Square Enix untuk menghasilkan “sejumlah remake” di bawah satu jenama permainan.
Square Enix sudah lama wujud dan memiliki banyak francais selain dari Final Fantasy dan Kingdom Hearts. Selepas membuat debut seawal tahun 1980-an sebelum Square dan Enix bergabung menjadi satu syarikat besar, banyak francais lama kini terperangkap di konsol generasi lama.
Tetapi Square Enix telah aktif membuat semula game retro sejak kebelakangan ini, seperti Final Fantasy 7 Remake dan remaster Legend of Mana. Oleh itu, tidak menghairankan apabila melihat Square Enix menandatangani perjanjian dengan syarikat yang pakar dalam proses pembuatan semula.
Namun, ia tidak jelas jenama apakah yang Forever Entertainment akan menghasilkan semula. Ada beberapa IP menarik yang saya cadangkan dalam otak tetapi kita harus faham bahawa Forever Entertainment (walaupun dipuji untuk remake Panzer Dragoon) adalah syarikat kecil dan tidak cukup besar untuk menguruskan jenama besar seperti francais utama Final Fantasy.
Ia lebih mengukuhkan fakta saya apabila Square Enix memberi izin sepenuhnya kepada Forever Entertainment untuk tanggungjawab ini dan memberikan keuntungan sebanyak 50% daripada semua penjualan “di semua platform,” menurut laporan.
Selain itu, laporan juga menunjukkan bahawa Forever Entertainment akan menangani beberapa remake di bawah jenama yang sama, yang bermaksud remake ini akan berada di bawah satu siri atau francais yang sama, walaupun maklumat ini belum disahkan oleh Square Enix.
Untuk remake apa yang mereka boleh hasilkan? Kita ada Parasite Eve, siri SaGa, siri spinoff Final Fantasy, Star Ocean, Drakengard, dan lain-lain. Memang ada banyak pilihan menarik tetapi malangnya, kita harus menunggu untuk berita lanjut. Untuk segala liputan kami tentang Square Enix, sila tekan pautan ini.
Sumber – Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post