Selepas mengumumkan Final Fantasy 7 Remake akan keluar di PS5 pada bulan Jun 2021, Sony tidak lama kemudian mengumumkan barisan game percuma PlayStation Plus untuk bulan Mac 2021 dan mengesahkan bahawa ada empat game menarik untuk kita cuba termasuk Final Fantasy 7 Remake versi PS4!
Explore Midgar in FFVII Remake, experience Escher-esque puzzles in Maquette and retake the world in Remnant: From the Ashes, your PlayStation Plus games for March: https://t.co/3X7H7u1fDu pic.twitter.com/3hSh5CjOX2
— PlayStation (@PlayStation) February 28, 2021
Jika anda tidak tahu, Final Fantasy 7 Remake adalah salah satu game terbaik di PS4 pada tahun 2020, jadi kemunculannya dalam barisan percuma PS Plus adalah satu perkara yang besar. Malangnya, ada juga beberapa isu penting yang harus diketahui oleh anda semua.
Untuk mereka yang sudah memiliki Final Fantasy 7 Remake, anda dapat upgrade ke versi PS5 tanpa apa-apa kos tambahan. Tetapi bagi mereka yang menebus Final Fantasy 7 Remake melalui langganan PlayStation Plus, kamu tidak dapat upgrade ke versi PS5 secara percuma apabila ia keluar pada bulan Jun nanti.
Jika anda menebus Final Fantasy 7 Remake versi PS Plus dan masih ingin upgrade di PS5, pengguna perlu membayar harga penuh sebanyak RM299. Ini pasti mengecewakan ramai peminat, tetapi selain daripada peningkatan visual dan prestasi, apa lagi yang kita dapat di Final Fantasy 7 Remake versi PS5?
Di acara State of Play, Square Enix telah mengumumkan episod istimewa yang mengisahkan watak shinobi popular, Yuffie! Hanya mereka yang mempunyai PS5 sahaja dapat bermain episod Yuffie ini, jadi mereka perlu membeli Final Fantasy 7 Remake Intergrade atau menaik taraf versi Final Fantasy 7 Remake di PS4 dan membeli DLC Yuffie secara berasingan.
Memang ada sebab besar lah kan untuk kita sambung bermain game ini di PS5. Final Fantasy 7 Remake kini boleh didapati untuk PS4 dan akan hadir ke PS5 pada 10 Jun. Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post