Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play FEB 21] Dev Hyper Light Drifter menampilkan gameplay untuk indie terbaru Solar Ash!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5
0 0
0
[State of Play FEB 21] Dev Hyper Light Drifter menampilkan gameplay untuk indie terbaru Solar Ash!
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak permainan menarik telah ditunjukkan hari ini semasa acara State of Play, tetapi Solar Ash oleh Heart Machine merupakan salah satu game yang membuatkan ramai orang dalam komuniti gaming tertanya. Semasa State of Play, Sony telah menayangkan trailer gameplay untuk Solar Ash yang memaparkan keseluruhan aksi yang kita bakal cuba tidak lama lagi.

Untuk sesiapa yang tidak tahu, khabar angin mengatakan bahawa Solar Ash sudah berada dalam fasa pembangunan sejak beberapa tahun lepas, tetapi baru sahaja diumumkan secara rasmi pada tahun lalu. Sejak itu, ramai peminat indie yang ingin tahu apakah perkembangan semasa. Malangnya, tidak banyak info yang dikongsikan tentang game ini, apatah lagi gameplay rasmi.

Seperti yang saya kata di atas, acara State of Play Februari 2021 telah menayangkan trailer gameplay rasmi untuk Solar Ash dan secara visual, ia memang menakjubkan. Selain itu, pergerakan pun sangat lancar dan menepati tema “fast-paced” di mana kita boleh keluar dan masuk dari pertempuran dengan mudah.

Yang paling mengejutkan bagi saya adalah betapa berbezanya game ini daripada segi mekanik dan visual berbanding dengan Hyper Light Drifter, yang juga dihasilkan oleh Heart Machine. Dalam Solar Ash, kita boleh melihat dunia 3D yang terbuka dan luas, tetapi di Hyper Light Drifter, ia menampilkan estetika piksel top-down 2D. Selain itu, mekanik dan sistem permainan pun sangat berbeza dan tidak ada langsung satu persamaan antara kedua-dua game ini.

Ia agak menarik untuk melihat masa depan Solar Ash tetapi memandangkan tarikh keluaran rasmi pun tidak diumumkan lagi, kemungkinan besar ia akan keluar pada hujung tahun ini. Sekali lagi saya ingatkan, Solar Ash akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4, dan PlayStation 5 pada tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Heart MachinePS4ps5Solar Ashstate of play
Previous Post

Secara rasmi, BRAVELY DEFAULT II kini dilancarkan!

Next Post

Main PERCUMA “Dying Light” sempena ulangtahun ke-6 permainan zombi ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Main PERCUMA “Dying Light” sempena ulangtahun ke-6 permainan zombi ini!

Main PERCUMA "Dying Light" sempena ulangtahun ke-6 permainan zombi ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd