Selepas mengumumkan Final Fantasy 7 Remake: Intergrade untuk PS5, Square Enix juga mengumumkan Final Fantasy 7: The First Soldier, permainan battle royale Final Fantasy pertama, yang akan hadir di Android dan iOS pada hujung tahun ini! Pengumuman ini ditemani dengan trailer di bawah:
Tidak banyak maklumat tentang permainan didedahkan seperti jalan cerita, sistem pertempuran, dan lain-lain, tetapi menurut Square Enix, game ini akan berlangsung di Midgar selepas peristiwa Final Fantasy 7. Di sini, kita akan bermain sebagai seorang askar generik yang perlu memanfaatkan pelbagai abiliti unik untuk bertahan hidup dan menewaskan pemain lain.
Apabila lebih banyak maklumat tentang game ini didedahkan, saya pasti akan melaporkan kepada anda semua. Buat masa ini, tidak ada platform lain yang diumumkan, dan masih tidak jelas jika game ini boleh dimainkan secara percuma atau harus dibayar. Walaupun begitu, memandangkan ini adalah genre battle royale yang akan keluar di mobile, ramai yang menjangka ini adalah game “free-to-play” yang disokong dengan transaksi mikro.
Itu sahaja yang saya tahu tentang Final Fantasy 7: The First Soldier. Untuk segala liputan kami tentang Final Fantasy, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post