Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditunda lagi, developer pun digantikan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditunda lagi, developer pun digantikan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ditangguhkan berkali-kali dan kehilangan pereka naratif dan pengarah kreatif, nampaknya Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 masih menghadapi tempoh yang sukar. Penerbit Paradox Interactive hari ini mengumumkan bahawa game ini telah ditangguhkan sekali lagi dan tidak akan dilancarkan lagi pada tahun 2021.

https://www.youtube.com/watch?v=j6dTGZ11v7U&list=PL4hR-M4rl7uehBTu78AO0NC5-B_1pkw4E

Pada masa yang sama, pembangun Hardsuit Labs telah digantikan dengan “studio baru” tetapi nama mereka tidak didedahkan. Disebabkan isu ini, Paradox Interactive juga terpaksa berhenti membuka pra-pesanan awal.

“Kami telah memilih untuk menangguhkan pelancaran [Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2] lebih jauh, dan tidak akan melancarkan permainan pada tahun 2021.

Kami juga memutuskan bahawa Hardsuit Labs tidak lagi akan memimpin pengembangan Bloodlines 2, dan kami telah memulakan kolaborasi dengan studio baru untuk menyelesaikan permainan ini.

Ini merupakan keputusan yang sukar, tetapi kami yakin bahawa ia adalah cara yang betul untuk keadilan permainan. -kata Ebba Ljungerud, CEO Paradox Interactive, dari laporan akhir tahun 2020 syarikat.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 tidak lagi akan keluar pada tahun ini, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu ia akan keluar di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan PC. Apa pendapat anda tentang isu? Adakah ia akan bertambah baik? Saya cuma boleh berharap agar pembangunan berjalan dengan lebih lancar selepas ini.

Untuk semua liputan lama kami tentang permainan, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber – Paradox Interactive

Lihat di sini
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2
Publisher: Paradox Interactive
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Vampire: The Masquerade - Bloodlines 2 adalah action-RPG yang diterbitkan oleh Paradox Interactive. Sebagai sekuel kepada Vampire: The Masquerade - Bloodlines, game ini adalah sebahagian daripada siri World of Darkness dan berdasarkan tabletop Vampire: The Masquerade.
Tags: delayParadox InteractiveVampire: The Masquerade – Bloodlines 2
Previous Post

Rogue Heroes: Ruins of Tasos melancarkan pencarian epiknya di Switch dan PC!

Next Post

Nampaknya lebih banyak permainan PlayStation akan datang ke PC, bermula dengan Days Gone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Nampaknya lebih banyak permainan PlayStation akan datang ke PC, bermula dengan Days Gone!

Nampaknya lebih banyak permainan PlayStation akan datang ke PC, bermula dengan Days Gone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd