Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game ‘fan-made’ Dragon Ball: Demon Breaker akan mengubah formula pertempuran Super Saiyan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Game ‘fan-made’ Dragon Ball: Demon Breaker akan mengubah formula pertempuran Super Saiyan!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan tiada berita tentang anime Dragon Ball Super dalam masa terdekat, memang tidak hairanlah apabila ada sebuah komuniti kecil ingin menghasilkan projek Dragon Ball mereka sendiri. Dragon Ball: Demon Breaker merupakan game “fan-made” 3D hack-and-slash yang sepatutnya akan keluar pada tahun ini, dan nampaknya berjaya menarik minat ramai orang di seluruh dunia.

Dibangunkan oleh pasukan Saiya-Slash dan studio ATLAS, permainan yang diilhamkan oleh Devil May Cry ini mengisahkan Trunks dari masa depan yang telah menyertai Time Police. Dia akan menentang Time Breaker Organisation, sekumpulan orang jahat yang ramai akan kenal daripada dunia Dragon Ball Xenoverse dan Dragon Ball Heroes. Ini adalah jalan cerita yang baik untuk mana-mana game Dragon Ball dan sudah digunakan dalam Xenoverse, tetapi apa yang membezakan Demon Breaker dengan yang lain?

https://www.youtube.com/watch?v=kWc0aatcUeI

Perbezaan utama adalah Dragon Ball: Demon Breaker fokus pada pertempuran. Trunks mempunyai akses kepada dua gaya pertempuran yang berbeza iaitu seni mempertahankan diri dan seni pertempuran pedang. Ini akan berubah lagi melalui bentuk Super Saiyan God-nya yang lebih ofensif. Dalam bentuk ini, Trunks dapat menggunakan KeySword dari manga/anime Super Dragon Ball Heroes yang bukan kanon. Pelbagai pilihan juga tersedia untuk pemain, termasuk “launcher“, “signature move” yang berbeza, dan tiga jenis “ki blast“.

https://www.youtube.com/watch?v=ATwKTeguYPI

Satu lagi perbezaan utama antara Demon Breaker adalah kita tidak boleh terbang (kecuali dalam bentuk Super Saiyan God). Trunks hanya dapat meluncur di udara semasa menembak ki blast dan “super dash” pada jarak pendek. Untuk melengkapkan sistem pertempuran adalah fitur assist yang dibantu oleh Goku dan Vegeta. Walaupun mereka tidak boleh dimainkan kerana para pemaju ingin fokus pada skop permainan yang kecil, Goku dan Vegeta dapat berubah bersama Trunks dan menyerang musuh menggunakan pelbagai pilihan jarak jauh dan jarak dekat.

Ini amat penting kerana permainan akan memasukkan mod survival bernama Saiyan Palace di mana kita melawan musuh demi musuh selama 40 pusingan! Sebuah mod jalan cerita juga dipertimbangkan, tetapi secara rasmi dibuang untuk memastikan pasukan dapat memberikan pengalaman yang lancar.

Dragon Ball: Demon Breaker akan dilancarkan pada musim panas ini, walaupun tarikh tersebut belum diumumkan. Pada masa yang sama, sebuah demo mini juga dirancang untuk bulan Mac ini, jadi bagi mereka yang berminat, anda ada peluang untuk mencuba tidak lama lagi. Projek ini tidak berafiliasi atau mempunyai kaitan dengan Bandai Namco, Shueisha, dan mana-mana IP Dragon Ball. Sekali lagi saya ingatkan, ini hanya projek “fan-made“.

Apa pendapat anda tentang game ini? Adakah sistem pertempurannya lebih gempak dari game DB yang lain? Jom kongsi pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: Dragon BallDragon Ball: Demon BreakerFan-madeTrunks
Previous Post

Jangan lupa, Trailer filem Mortal Kombat yang dinantikan bakal ditayangkan 1 pagi ini!

Next Post

Crayon Shin-chan akan mendapat game eksklusif Nintendo Switch di Jepun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Crayon Shin-chan akan mendapat game eksklusif Nintendo Switch di Jepun!

Crayon Shin-chan akan mendapat game eksklusif Nintendo Switch di Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd