Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inilah senarai 50 manga paling popular pada tahun 2020! Diketuai oleh Kimetsu no Yaiba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Inilah senarai 50 manga paling popular pada tahun 2020! Diketuai oleh Kimetsu no Yaiba!
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat beribu-ribu manga untuk kita baca di mana medium ini merangkumi pelbagai jenis genre untuk semua jenis peminat di seluruh dunia. Walaupun ada beberapa manga yang tidak disedari oleh khayalak umum, banyak juga yang menemui kejayaan tahun demi tahun. Kejayaan ini biasanya dicerminkan melalui jumlah penjualan mereka, tetapi apakah 50 manga paling terlaris pada tahun 2020?

Seperti yang dijangkakan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba muncul di tempat nombor 1 dengan penjualan sebanyak 82.3 juta salinan pada tahun 2020 kerana produksi anime yang hebat dan finale manga. Walaupun tempat kedua hanya mampu menjual sebanyak 8.2 juta salinan, jumlahnya ini masih mengagumkan untuk Kingdom.

Senarai 10 teratas masih mempunyai One Piece di tempat ketiga yang menjual sebanyak 7.7 juta salinan, Haikyuu di tempat ke-4 dengan 7.2 juta salinan dan Jujutsu Kaisen di tempat ke-5 dengan 6.7 juta salinan. Senarai diteruskan dengan The Promised Neverland, 5-toubun no Hanayome, My Hero Academia, SPYxFAMILY, dan Attack on Titan.

Ada juga beberapa manga popular yang berjaya naik dalam senarai tahun berbanding prestasi mereka pada tahun 2019. Fire Force hampir mendekati senarai 10 terbaik dengan jumlah 4.03 juta salinan. Kaguya-sama dan Chainsaw Man juga mempunyai tahun yang cemerlang selepas berjaya menduduki tempat 20 terbaik. Namun, tidak semua manga bernasib baik.

Black Clover mengalami sedikit masalah dalam penjualan manga walaupun anime-nya berkembang pesat di mana ia menduduki tempat ke-28. Dragon Ball Super pula berada di tempat ke-38 untuk tahun 2020. Siri ini memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pengedaran memandangkan jadual penerbitannya yang bukan seminggu sekali, tetapi saya amat terkejut ia berjaya menjual 1 juta salinan. Boruto tidak berjaya menjual sebanyak 1 juta salinan dan hanya mampu cecah sebanyak 813.591 salinan.

Apakah pendapat anda tentang senarai ini? Mana satu manga kegemaran anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen sekarang!

Tags: Kimetsu No YaibaKingdommangaone pieceoriconpopularterlaris
Previous Post

Trailer terakhir untuk BRAVELY DEFAULT II telah didedahkan!

Next Post

Jangan lupa, Trailer filem Mortal Kombat yang dinantikan bakal ditayangkan 1 pagi ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jangan lupa, Trailer filem Mortal Kombat yang dinantikan bakal ditayangkan 1 pagi ini!

Jangan lupa, Trailer filem Mortal Kombat yang dinantikan bakal ditayangkan 1 pagi ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd