Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Avengers akan keluar di konsol next-gen pada 18 Mac bersama update Operation: Hawkeye – Future Imperfect!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2021
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel’s Avengers akan keluar di konsol next-gen pada 18 Mac bersama update Operation: Hawkeye – Future Imperfect!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh Square Enix dan pemaju Crystal Dynamics dan Eidos Montreal, Marvel’s Avengers secara rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada 18 Mac bersama dengan update “Operation: Hawkeye – Future Imperfect“!

Jalan cerita “Future Imperfect” berlaku selepas misi “Taking AIM” di mana kita bermain sebagai Clint Barton aka Hawkeye dan harus membantunya untuk mencari Nick Fury, ketua SHIELD, yang Hawkeye percaya dapat membantu menghentikan rancangan jahat AIM. Tanpa sengaja, dia telah membongkarkan senjata misteri yang mungkin akan mengubah nasib umat manusia!

Sepanjang perjalanan, Clint mendapati dirinya terperangkap dalam eksperimen yang pelik, di mana dia merentasi masa depan dan terperangkap dalam dunia yang dimusnahkan oleh kekuatan kosmik serta dihuni oleh Maestro, versi Hulk yang menjadi gila.

Berikut adalah story trailer dan video gameplay Hawkeye:

Pengguna yang memiliki game Marvel’s Avengers versi PlayStation 4 atau Xbox One dapat menaik taraf ke versi generasi seterusnya tanpa membayar apa-apa kos tambahan. Versi PlayStation 5 dan Xbox Series X/S menawarkan frame rate yang lebih tinggi dan visual yang lebih baik pada resolusi hingga 4K di PlayStation 5 dan Xbox Series X dan 1440p untuk Xbox Series S.

Game ini juga memanfaatkan SSD dalaman untuk load time yang lebih cepat dan menggunakan kekuatan grafik dan memori untuk memberikan tekstur beresolusi lebih tinggi, animasi yang lebih epik, dan peningkatan lain yang memanfaatkan kuasa penuh konsol baru supaya pemain benar-benar merasa seperti seorang “superhero“.

Pemain yang memindahkan profil mereka dan save data ke konsol next-gen dapat meneruskan pengembaraan tanpa mengulang semula dari awal. Selain itu, fitur cross-gen play juga disokong supaya pemain PlayStation 5 dapat berhubung dan bermain dengan rakan mereka di PlayStation 4, manakala pemain Xbox Series X/S dapat berhubung dengan rakan mereka di Xbox One.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca segala info di PlayStation Blog. Marvel’s Avengers kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, PC melalui Steam, dan Stadia. Versi PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pula akan dikeluarkan pada 18 Mac 2021. Untuk segala liputan kami tentang Marvel’s Avengers, sila tekan pautan ini.

Marvel's Avengers
Publisher: Square Enix
Release Date: 2020-09-04
PlayStation 4, Xbox One
Marvel's Avengers adalah permainan video aksi-pengembaraan yang akan datang yang dikembangkan bersama oleh Crystal Dynamics dan Eidos-Montréal dan diterbitkan oleh Square Enix. Berdasarkan pasukan superhero Marvel Comics the Avengers, permainan ini diilhamkan oleh mitologi dan komik buku komik yang telah lama berjalan di media lain.
Tags: HawkeyeMarvel's Avengersplaystation 5square enixXbox Series X
Previous Post

Guilty Gear -Strive- akan membuka Beta minggu ini di PS4 dan PS5!

Next Post

Video animasi Final Fantasy XIV istimewa meneroka kehidupan pengembara harian

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Video animasi Final Fantasy XIV istimewa meneroka kehidupan pengembara harian

Video animasi Final Fantasy XIV istimewa meneroka kehidupan pengembara harian

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd