Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba secara rasmi mengumumkan musim ke-2 anime termasuk trailer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 15, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba secara rasmi mengumumkan musim ke-2 anime termasuk trailer!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menunggu sekian lama, akhirnya kita ada berita gembira tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba! Francais popular ini mengesahkan bahawa anime musim kedua kini sedang dalam pembikinan dengan rancangan untuk membuat debut pada tahun 2021. Musim kedua akan mengadaptasikan Entertainment District arc dari manga, dan sebuah poster telah dimuat naik ke halaman media sosial rasmi untuk menyampaikan berita tersebut kepada peminat.

Pengumuman besar ini sebenarnya dibuat tepat pada Hari Valentine, di mana pelakon dan krew di sebalik anime Demon Slayer-Kimetsu no Yaiba telah mengadakan acara siaran langsung untuk mempamerkan beberapa produk Demon Slayer akan datang pada tahun ini. Seperti yang anda dapat bayangkan, banyak yang ingin dikongsikan oleh pihak produksi, tetapi semuanya menjadi kecoh ketika musim kedua anime diumumkan!

『鬼滅祭オンライン -アニメ弐周年記念祭-』
たくさんのご視聴ありがとうございました!#鬼滅の刃 #鬼滅祭 pic.twitter.com/JzzjoDa2QW

— 鬼滅の刃公式 (@kimetsu_off) February 14, 2021

Selepas musim kedua disahkan, saya tahu ramai peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana studio Ufotable akan menguruskan anime selepas kejayaan musim pertama. Musim pertama anime memang hebat dari pelbagai aspek, dan ini membantu meningkat penjualan untuk manga. Mungkin ada yang mempersoalkan kejayaan francais, tetapi pelancaran filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Mugen Train telah meraih sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Filem ini merupakan filem terlaris di Jepun buat masa ini, dan akan menjadi filem anime paling terlaris di seluruh dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=Ym6isZsOT9A

Adakah anda teruja dengan musim kedua anime? Apa yang anda paling ingin lihat? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDemon Slayer: Kimetsu no Yaibamusim keduaSeason 2
Previous Post

EA dilaporkan bekerjasama dengan Tencent untuk Apex Legends Mobile!

Next Post

IKEA mengumumkan barisan perabot Gaming mereka dengan kolaborasi ASUS ROG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
IKEA mengumumkan barisan perabot Gaming mereka dengan kolaborasi ASUS ROG!

IKEA mengumumkan barisan perabot Gaming mereka dengan kolaborasi ASUS ROG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd