Dalam masa hanya seminggu, Valheim berjaya meraih pencapaian yang besar dengan jumlah muat turun sebanyak 1 juta di Steam. Sangat gembira dengan kejayaan tersebut, pemaju Iron Gate Studio mengumumkan berita ini melalui media sosial dan catatan blog yang lebih panjang di papan komuniti Valheim.
1 000 000 sales! This would not be possible without all of you fantastic vikings! ⚔️💪 #Valheim https://t.co/8b3WENU9IM
— Valheim 🌟 (@Valheimgame) February 10, 2021
Mengapa ia jadi popular? Ini kerana Valheim mempunyai mod co-op PvE yang boleh menampung 2 hingga 10 orang pemain. Sama ada anda ingin bersendirian atau mengembara dengan rakan sekutu yang dipercayai, Valheim mampu menyokong server tanpa “lag” dan penciptaan dunia tanpa had. Memang kenalah dengan jiwa pemain yang bosan terperangkap di rumah kerana wabak COVID-19.
What kind of viking are you? Take your place in Valheim today! ⚔️💪 https://t.co/bEmGYWALaq #valheim #survival #vikings #indiegame pic.twitter.com/P6kHsxRRV5
— Valheim 🌟 (@Valheimgame) February 5, 2021
Game survival ini masih belum siap 100%, dan hanya tersedia dalam bentuk akses awal. Walaupun begitu, ramai yang kata game ini sangat stabil dan tidak mempunyai banyak isu teknikal, maka membuatkan pengalaman gaming kita sangat lancar.
What kind of viking are you? Take your place in Valheim today! ⚔️💪 https://t.co/bEmGYWALaq #valheim #survival #vikings #indiegame pic.twitter.com/P6kHsxRRV5
— Valheim 🌟 (@Valheimgame) February 5, 2021
Berikut adalah rumusan rasmi daripada Steam:
Sebagai seorang pahlawan yang terbunuh dalam pertarungan, para Valkyrie telah membawa roh anda ke dunia Norse kesepuluh, Valheim. Dikelilingi oleh makhluk pelik dan musuh kuno kepada para dewa, anda adalah penjaga terbaru di tempat suci purba ini, dan ditugaskan untuk membunuh musuh lama Odin dan membawa keseimbangan kepada Valheim.
Cabaran anda bermula di tengah Valheim yang aman dan damai, tetapi ganjaran para dewa menanti anda. Teroka alam sekitar dengan menjelajah hutan yang seram dan gunung yang diliputi salji, teroka dan menuai sumber yang lebih berharga untuk membuat senjata yang mengancam, perisai yang lebih kuat, kubu viking dan markas kecil. Bina kapal panjang yang hebat dan berlayar di lautan yang luas untuk mencari tanah eksotik … tetapi berhati-hatilah supaya tidak berlayar terlalu jauh…”

@gamersantaimy
Discussion about this post