Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime The World Ends With You akan keluar April 2021, ditemani trailer baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime The World Ends With You akan keluar April 2021, ditemani trailer baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime The World Ends With You telah mengesahkan tarikh tayangannya dengan trailer dan poster baru! Diumumkan semasa Virtual Anime Expo pada tahun lepas, The World Ends With You akan membuat debut rasmi pada hujung tahun ini di mana info senarai pelakon suara, siapa yang bekerja di belakang tabir, dan sebagainya juga didedahkan.

Menurut halaman Twitter rasmi, The World Ends With You the Animation akan dilancarkan di Jepun pada 9 April. Untuk menyambut berita ini, ai ditemani oleh trailer baru yang memaparkan lebih banyak adegan dan tema pembukaan “TEENAGE CITY RIOT” oleh ALI. Anda boleh melihatnya dalam video dan poster baru di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=zVHSuUg3jHY&feature=emb_title

🔥新情報解禁④🔥

ネク達が描かれた新たなビジュアルが公開✨#TWEWY #すばせか #すばせかアニメ pic.twitter.com/dgSPjeVCIn

— すばらしきこのせかい 公式アカウント (@TWEWY_PR) February 5, 2021

Pelakon suara yang terlibat adalah yang sama seperti versi permainan video asli seperti:

  • Kouki Uchiyama – Neku
  • Anna Hachimine – Shiki
  • Subaru Kimura – Beat
  • Ayana Taketatsu – Rhyme
  • Ryohei Kimura – Joshua
  • Kenjiro Tsuda – Sanae Hanekoma
  • Satomi Arai – Uzuki Yashiro
  • Anri Katsu – Koki Kariya
  • Kenji Takahashi – Yodai Higashizawa
  • Takayuki Fujimoto – Sho Minamimoto
  • Hitomi Nabatame – Mitsuki Konishi
  • Hiroshi Shirokuma – Megumi Kitaniji

Ini adalah gambaran rasmi untuk anime The World Ends With You:

“Berlari di bandar Shibuya dan bertahan hidup dalam Reapers’ Game selama tujuh hari! Neku terbangun di tengah-tengah Scramble Crossing tanpa mengingati bagaimana dia sampai di sana. Neku cuma tidak tahu bahawa dia telah dibawa ke dunia alternatif lain yang dikenali sebagai Underground (UG).

Kini menjadi peserta dalam ‘Reapers’ Game yang misteri, Neku mesti bekerjasama dengan seorang gadis bernama Shiki agar dapat bertahan hidup. Bersama-sama, mereka menyelesaikan misi dan mengalahkan raksasa yang dikenali sebagai ‘Noise’ ketika secara beransur-ansur membongkarkan kebenaran di sebalik permainan gila ini. ‘Hanya ada satu cara untuk terus hidup di Shibuya: percayai pasangan anda.’ Adakah mereka akan bertahan dalam Reapers’ Game?”

Apa pendapat anda tentang anime The World Ends With You? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan lama kami tentang TWEWY, sila tekan pautan ini.

Tags: animeThe World Ends With Youtrailer
Previous Post

Ubisoft LUNAR NEW YEAR SALE kini bermula sehingga 17 Februari 2021!

Next Post

ROG Malaysia mengumumkan harga tempatan untuk siri ROG Gaming Laptop di CES 2021

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
ROG Malaysia mengumumkan harga tempatan untuk siri ROG Gaming Laptop di CES 2021

ROG Malaysia mengumumkan harga tempatan untuk siri ROG Gaming Laptop di CES 2021

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd