Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan akan keluar pada 2021 untuk PS5, PS4, Xbox Series dan PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 8, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan akan keluar pada 2021 untuk PS5, PS4, Xbox Series dan PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Aniplex dan pemaju CyberConnect2 telah mengeluarkan maklumat dan screenshot baru untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan, dan secara rasmi mengesahkan bahawa permainan “battle action” ini akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X/S, Xbox One, dan PC pada tahun 2021 di Jepun. Di bawah, adalah beberapa imej baru untuk permainan:

 

1 of 4
- +

Sebelum ini, beberapa khabar angin dari isu terbaru Weekly Jump telah mendedahkan maklumat ini pada minggu lepas, tetapi tidak menyentuh tentang Xbox Series. Nampaknya, maklumat ini sahih dan disahkan di halaman Twitter rasmi permainan. Berikut adalah maklumat terkini, daripada Aniplex:

Dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan, anda dapat mengalami semula kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam “Solo Play Mode”, dan bertarung sebagai watak-watak yang muncul dalam anime di “Versus Mode.”

Dalam Mode Versus, yang boleh dimainkan di luar talian atau dalam talian, pemain dapat menikmati pertempuran 2-v-2 yang menyeronokkan dengan kawalan mudah menggunakan kombinasi watak yang muncul dalam anime, termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, dan banyak lagi.

Selain itu, Ufotable, studio yang menghasilkan anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, juga mencipta visual utama baru untuk permainan ini.

週刊少年ジャンプ10号にて発表となりました「鬼滅の刃 ヒノカミ血風譚」のイメージビジュアルをご紹介!こちらのイメージビジュアルはTVアニメ「鬼滅の刃」でアニメーション制作を手がけるufotable描き下ろし!#ヒノカミ血風譚 #鬼滅の刃 pic.twitter.com/12j9EHoWjK

— 「鬼滅の刃」家庭用ゲーム公式 (@kimetsu_csgame) February 8, 2021

Itu sahaja maklumat yang kami perolehi buat masa ini. Untuk segala info tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan
Publisher: Aniplex
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan, anda dapat mengalami semula kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam "Solo Play Mode", dan bertarung sebagai watak-watak yang muncul dalam anime di Versus Mode, termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, dan banyak lagi.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AniplexCyberConnect2Demon Slayer: Kimetsu no YaibaDemon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan
Previous Post

Versi PS5 Final Fantasy 14 didedahkan dan pemilik PS4 dapat Upgrade percuma!

Next Post

WB kini mempunyai Paten untuk Nemesis System Shadow of Mordor

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
WB kini mempunyai Paten untuk Nemesis System Shadow of Mordor

WB kini mempunyai Paten untuk Nemesis System Shadow of Mordor

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd