Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan: Gabi mula trending selepas kematian watak penting dalam final season!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 1, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Attack on Titan: Gabi mula trending selepas kematian watak penting dalam final season!
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang tempoh mengenali francais Attack on Titan, saya sebagai peminat telah melihat banyak kematian sejak episod pertama di mana siri ini membunuh begitu banyak watak penting. Sudah tentu, setiap kematian ini membawa perasaan emosi yang kuat dan bantu memajukan jalan cerita.

Sejak membuat debut pada hujung tahun lepas, musim terakhir anime terus mengejutkan peminat dengan perubahan Eren ke peranan antagonis. Episod terbaru Attack on Titan baru sahaja disiarkan, dan nampaknya seorang watak penting telah terkorban. Siapakah dia?

Amaran! Spoiler untuk Attack on Titan Season 4 di bawah! Jangan baca kecuali jika sudah tonton anime dan/atau baca manga!

Bagi mereka yang sudah tonton episod terbaru Attack on Titan, anda akan tahu siapa yang meninggal dunia. Segalanya bermula selepas Eren mengisytiharkan perang ke atas Marley. Bersama dengan ahli-ahli Survey Corps, Eren mula menghancurkan bandar dan membunuh penduduknya tanpa belas kasihan. Semasa tragedi ini berlaku, Gabi yang terselamat telah melihat kematian rakan-rakannya di sekeliling. Penuh dengan perasaan marah dan sedih, Gabi memilih untuk menyelinap ke dalam kapal terbang yang mengandungi Eren dan rakan-rakan lain demi membalas dendam.

Dengan hanya sebuah senapang di tangan, Gabi berjaya naik kapal terbang tersebut dan serta merta menumpukan perhatiannya pada Sasha sebelum menarik picu. Kejadian ini berlaku dengan sangat pantas, dan malangnya, Sasha tidak dapat mengelak lantas ditembak di bahagian dada. Tidak lama kemudian, dia meninggal dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=dNir7kt8HzA

Kematian Sasha telah mengejutkan semua peminat termasuk pembaca manga yang sudah tahu tragedi ini akan berlaku. Sebagai salah satu watak yang paling disayangi dalam anime kerana kelucuannya dan betapa “relatable“-nya Sasha sebagai manusia, saya turut merasa sedih semasa menonton adegan ini. Apakah perasaan anda tentang episod terbaru Attack on Titan? Adakah Gabi salah dalam hal ini? Kongsi pendapat sekarang di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.

Tags: animeAttack on Titangabimatisasha
Previous Post

Gameplay Nioh 2 Remastered untuk PS5 telah dikongsikan dan grafiknya memang awsome!

Next Post

Black Clover: Trio Dark Triad menunjukkan kuasa 100% dalam bentuk Devil sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Black Clover: Trio Dark Triad menunjukkan kuasa 100% dalam bentuk Devil sebenar!

Black Clover: Trio Dark Triad menunjukkan kuasa 100% dalam bentuk Devil sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd