Studio Arc System Works hari ini mendedahkan semua mod online dan offline untuk permainan ‘fighting‘ terbaru Guilty Gear Strive (Guilty Gear -Strive-), melalui trailer baru. Guilty Gear Strive akan menampilkan semua mod yang kita biasa main, termasuk Tutorial Mode, Arcade Mode, dan Replay Theater untuk menonton semula perlawanan lama. Satu perkara menarik adalah mod rollback netcode, yang sepatutnya mengurangkan masalah “lag” antara pemain.
Berikut adalah senarai untuk mod online dan offline di Guilty Gear Strive:
Mod Offline
- Story Mode
- Alami naratif terkini dalam jalan cerita Guilty Gear. Berlangsung di Amerika Syarikat, teman Sol Badguy dan lihat apa yang berlaku klimaks yang epik ini.
- Gallery Mode
- Lihat apa yang berlaku di belakang tabir permainan melalui ilustrasi watak, reka bentuk, dan proses “modeling”. Pemain juga boleh melihat semula trailer, muzik, seni dan banyak lagi daripada permainan lama dalam francais.
- GG WORLD
- Mod ini menawarkan rumusan mengenai sejarah dan peristiwa francais; “Glossary” adalah untuk melihat profil pemain dan deskripsi jalan cerita; “Correlation Map” pula menjelaskan semua hubungan antara watak.
Mod Online
- Online Lobby
- Berlawan dengan pemain dari seluruh dunia dengan avatar yang boleh diubah suai sepenuhnya. “Celestial Floor” adalah eksklusif untuk pemain yang sentiasa menang di tingkat tertinggi Online Lobby. Fitur “Quick Start” pula membolehkan pemain melompat terus dari menu ke skrin “standby” untuk menunggu pertandingan seterusnya.
- Player Match
- Nikmati pertempuran dalam talian dengan sehingga 9 rakan dalam satu bilik. Setiap perlawanan akan menawarkan pelbagai pilihan customization untuk menyesuaikan diri kepada pengalaman pemain. Rollback netcode membolehkan semua pemain menikmati perlawanan dalam talian tanpa “lag”.
【お知らせ】
『GUILTY GEAR -STRIVE-』オフラインモード情報を一部公開致しました!
チュートリアルや、条件次第で変則バトルも発生するアーケードモード、その他様々なモードについて掲載しております!
是非チェックしてください!▼詳しくはこちらhttps://t.co/VTS3VY06pm#ギルティギア #GGST pic.twitter.com/a2PA9kqQWK
— GUILTY GEAR OFFICIAL (@GUILTYGEAR_PR) January 14, 2021
Guilty Gear -Strive- akan keluar di PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC melalui Steam pada 6 April untuk edisi Deluxe dan Ultimate. Versi standard pula akan keluar pada 9 April. Anda boleh melihat semua liputan lama kami tentang francais Guilty Gear di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post