Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Balan Wonderworld Demo Preview: Action-platformer yang mengabung kreativiti dan keunikan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2021
in Artikel, Berita, Demo, Genre, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Balan Wonderworld Demo Preview: Action-platformer yang mengabung kreativiti dan keunikan!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, Yuji Naka (pencipta Sonic The Hedgehog) telah bersatu semula dengan Naoto Ohshima, dan menubuhkan studio Balan Company di bawah Square Enix. Projek pertama mereka di Square Enix adalah sebuah “family-friendly action-platformer” bernama Balan Wonderworld yang diumumkan semasa Xbox Games Presentation pada Julai 2020.

Walaupun kita boleh berlari, melompat, dan bertarung seperti game platformer lain, perkara yang membezakan Balan Wonderworld adalah kita mempunyai lebih dari 80 kostum unik untuk dipilih pada bila-bila masa, di mana setiap satu mempunyai kuasa unik.

Dengan menggabungkan gaya chibi yang kita selalu lihat di Final Fantasy dan latar belakang ala-ala Dragon Quest, Balan Wonderworld ingin memberi pengalaman gameplay yang lebih menarik untuk lebih ramai pengguna. Sekiranya anda masih berfikir tentang permainan, saya berpeluang mencuba demo awal Balan Wonderworld dan berikut adalah semua info yang anda perlu tahu tentang permainan!

Latar Belakang & Watak

Naratif untuk kisah ini berlangsung di dunia khayalan Wonderworld, di mana memori gembira dan positif bercampur dengan sifat jahat dan negatif. Leo Craig dan Emma Cole dibawa masuk ke dunia Wonderworld oleh si ‘maestro’ Balan dan memulakan perjalanan mereka untuk mencari apa yang paling berharga bagi mereka.

Semasa pengembaraan mereka, Leo dan Emma akan menjelajah dunia yang lahir dari hati 12 penduduk Wonderworld yang terseksa. Dunia pelik ini penuh dengan muslihat, perangkap, dan musuh. Di sini, wira-wira comel kita harus bergantung pada pelbagai jenis kuasa untuk mengatasi setiap cabaran. Nasib baik, terdapat lebih daripada 80 kostum berbeza untuk dijumpai, yang akan kelebihan yang diperlukan oleh mereka untuk merentasi dan bertahan di dunia bahaya ini.

Watak

 

1 of 4
- +
  • Leo Craig
    • Leo berumur 15 tahun, dan sentiasa cuba untuk berlagak ‘cool’. Dia sentiasa bersendirian kerana beberapa tahun lepas, dia bergaduh besar dengan sahabat baiknya, dan sejak itu lebih suka bersendirian.
  • Emma Cole
    • Emma adalah seorang gadis berusia 15 tahun yang sentiasa tersenyum. Disebalik senyuman ini adalah seorang yang tidak yakin dengan dirinya.  Emma selalu bimbang apabila orang lain baik padanya, kerana takut mereka mengutuknya di belakang.
  • Balan
    • Maestro misteri ini membawa Leo dan Emma ke dunia Wonderworld. Mereka yang melihatnya tidak pernah jemu dengan telatahnya yang sentiasa lucu.
  • Lance
    • Lance memerangkap orang di Wonderworld dalam hati mereka sendiri, untuk mencipta raksasa yang penuh dengan perasaan negatif.

Gameplay Asas & Mekanik

Dalam demo, kami telah cuba Chapter 1 (act 1 dan 2, Boss Battle), Chapter 4 (act 1 sahaja), Chapter 6 (act 1 sahaja), dan kawasan Isle of Tims selama anggaran hampir dua jam. Selain daripada meneroka dunia unik Wonderworld, kita juga mencuba beberapa jenis kostum dan merasakan kuasanya (permainan penuh mempunyai 80 kostum) serta bertemu dengan pelbagai watak lain.

Satu perkara penting yang saya harus beritahu tentang kostum adalah kita hanya boleh menggunakan maksimum tiga kostum pada satu masa sahaja. Sekiranya anda menjumpai token kostum baru, ia akan secara automatik membuang kostum paling di inventori kita. Ayuh ke sistem kawalan!

Controls

  • L analog stick : Bergerak/berlari
  • R analog stick: Menggerakan kamera
  • L1, R1: Bertukar antara kostum
  • 〇, ×, △, □, L2, R2: Melompat/Bertindak (mengikut kuasa kostum)

Isle of Tims

Leo dan Emma pertama kali tiba dunia pelik ini di Isle of Tims, dan ia menjadi pusat yang menyatukan laluan kepada dunia lain. Di sini, mereka dapat menjelajah 12 ‘Worlds Inside Hearts‘, iaitu dunia berbahaya yang dicipta oleh perasaan negatif. Kita juga akan bertemu dengan makhluk ajaib bernama Tims, yang dapat menolong Leo dan Emma ketika mereka menjelajah setiap dunia dan melawan Negati (musuh).

Di Isle of Tims, pemain dapat menuai berlian ajaib ke atas bunga berwarna-warni di sekitar pulau dan apabila dimakan oleh Tims, ia akan meningkatkan kemampuan mereka. Setiap berlian ini harus sama dengan warna Tims dan memberi pelbagai jenis abiliti berbeza. Setiap Tims mempunyai kelebihan masing-masing bergantung pada warna, jadi ia amat penting untuk kita menggunakan banyak jenis. Sebagai contoh, Tims merah amat berguna untuk menyerang musuh, manakala Tims merah jambu akan mencari barang untuk kita.

Balan Statue

Di setiap peringkat, pemain mesti menggunakan abiliti setiap kostum untuk mencari patung-patung yang disembunyikan oleh Balan. Setelah memperoleh sejumlah patung Balan ini, sebuah dunia baru akan dibuka. Ada beberapa Balan Statue yang tidak boleh diperoleh dengan menggunakan kostum sedia ada. Ia boleh diperoleh apabila kita kembali kemudian dan menggunakan kekuatan kostum yang dikutip di peringkat lain.

Balan’s Bout

Di Balan’s Bout, pemain akan menyertai Visual Quick Time Event (VQTE) dan diminta untuk meniru pergerakan Balan dengan menekan butang yang sesuai. Apabila kita berjaya meniru 100% pergerakan Balan, VQTE ini akan menghadiahkan Balan Statue dan jumlah berlian yang banyak.

Pengalaman Demo

Chapter 1 – The Man Who Rages Against the Storm

Chapter 1 berlangsung di sebuah ladang yang penuh dengan bukit pelik dan tanaman besar. Dunia ini datang daripada memori di dalam hati Jose Gallard, seorang petani yang menghilang ladang jagungnya kepada ribut. Dunia ini juga mempunyai ‘boss fight‘ pertama iaitu Barktholomew, yang terhasil daripada perasaan Jose setelah melihat ladang jagungnya hancur.

Chapter 1 Stage 1-1 adalah tutorial untuk pemain membiasakan diri dengan kawalan permainan, manakala Stage 1-2 memberi cabaran sebenar dengan menampilkan pelbagai halangan. Pemain boleh mencuba pelbagai jenis kostum untuk menyelesaikan dunia ini, termasuk:

 

1 of 4
- +
  • Tornado Wolf
    • Merupakan kostum Sserigala yang menghadap ribut. Serangan putaran istimewanya dapat menewaskan mana-mana Negati dan boleh melantun puting beliung yang datang menghampiri pemain.
  • Jumping Jack
    • Merupakan kostum kanggaru yang sedang gembira. Ia boleh meningkatkan jarak melompat pemain dan membolehkan mereka mencapai kawasan yang sukar untuk capai.
  • Elastiplant
    • Merupakan kostum tanaman dalam pasu. Boleh ambil berlian dan patung Balan dari tempat yang tinggi dengan meregangkan badan!
  • Dainty Dragon
    • Merupakan kostum naga api yang comel. Boleh menghancurkan kotak atau batu yang menghalang jalan dengan menghembus nafas berapi berulang kali!
  • Pounding Pig
    •  Merupakan kostum khinzir dengan punggung yang besar. Boleh meratakan pasak dan menghancurkan kotak atau batu!

Chapter 4 – The Boy Who Would be One with the Wind – Act 1

Chapter 4 berlangsung dalam dunia fantasi yang lahir dari hati Chang Haoyu dan cintanya terhadap langit, di mana kita boleh melihat basikal dan pulau terapung bersama awan. Kostum di dunia ini yang boleh digunakan termasuk:

 

1 of 3
- +
  • Soaring Sheep
    • Merupakan kostum biri-biri dengan bulu yang gebu. Tekan butang dan jangan lepas untuk membuat badannya mengembang, supaya pemain boleh terapung di udara.
  • Aero Acrobat
    • Merupakan kostum kelawar yang boleh bertarung di udara. Arahkan dengan betul dan tekan butang untuk melompat berulang kali bagi menyerang musuh atau belon!
  • Box Fox
    • Merupakan kostum rubah ajaib yang boleh berubah menjadi kotak besi. Luncur semasa dalam bentuk kotak besi untuk mendapatkan momentum bagi memecahkan banyak objek berbeza.

Chapter 6 – The Girl and the Kitten – Act 1

Chapter 6 mengisahkan Cass Milligan, yang menggambarkan semula bandar di mana dia bertemu dengan seekor anak kucing yang comel. Dalam dunia ajaib ini yang dibina dari memori indah Cass Milligan, kepingan gula-gula dan buku melayang di udara dan terdapat bangunan misteri yang penuh dengan mesin bergerak. Kostum di dunia ini yang dapat membantu pemain menyelesaikan cabaran dan melakukan serangan hebat termasuk:

 

1 of 2
- +
  • Gear Prince
    • Merupakan kostum gear yang boleh mengendalikan mesin. Pemain boleh menggunakan kostum ini untuk menukar suis dan mengawal mesin.
  • Pumpkin Puncher
    • Merupakan  kostum labu dengan serangan pukulan roket. Dengan menyerang berulang kali, ia akan meningkatkan jarak serangan.

Boss Battle Barktholomew

Di dalam setiap dunia, anda akan berjumpa dengan penciptanya sendiri, yang dirasuk oleh Negati. Makhluk berbahaya ini adalah manifestasi daripada perasaan negatif dan kelemahan di hati pencipta yang hatinya terperangkap dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghentikan usaha Leo dan Emma. Setiap bos adalah sangat kuat, dan kita harus bijak menggunakan abiliti kostum untuk mengalahkam setiap satu. Jika anda dapat menewaskan mereka, maka hati mereka pun akan dibebaskan daripada cengkaman kuasa jahat.

Barktholomew adalah bos pertama kita akan jumpa dan satu-satunya bos dalam versi demo. Cara serangan utamanya adalah untuk melompat tinggi dan mendarat ke atas pemain. Dia juga akan menyeru beberapa landasan untuk menaikkan dirinya supaya pemain tidak boleh menyerangnya. Kita boleh tewaskan dia dengan menggunakan kostum Tornado Wolf untuk memukulnya dan kostum Pounding Pig untuk menjatuhkannya dari landasan.

Jika kita menewaskan setiap bos dengan menggunakan pelbagai cara yang unik, permainan akan menghadiahkan Balan Statue kepada kita. Apabila semua sudah selesai, tiba masanya untuk meraikan kemenangan ini! Setiap ‘boss fight‘ akan tamat dengan sesi kita menari bersama penduduk Wonderworld lain, dan saya tidak sabar untuk anda semua melihatnya! Memang comel!

Pendapat

Apabila kita bercakap tentang ‘puzzle platformer‘, Balan Wonderworld menghembus nafas baru untuk genre dengan visualnya yang berwarna-warni, muziknya yang fantastik, dan temanya yang mendalam dan berat. Untuk pengguna PS5, anda memang bernasib baik kerana permainan memanfaatkan teknologi ‘adaptive trigger‘ untuk memberitahu bila kita bertukar kostum manakala kecanggihan perkakasan membolehkan kita bermain tanpa gangguan ‘load time‘ yang lama.

Walaupun saya banyak puji di atas, permainan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia direka khusus untuk golongan kanak-kanak atau pemain yang ingin bermain dengan keluarga, dan untuk pemain yang suka puzzle platformer seperti Little Nightmares. Pada masa yang sama, demo ini juga ada beberapa isu teknikal. Grafiknya di PS4 agak buruk tetapi ini pun versi demo awal, jadi saya jangkakan perkara seperti in berlaku.

Secara keseluruhan, Balan Wonderworld dicipta untuk membawa pemain ke dunia fantasi yang penuh dengan keajaiban, di mana mereka dapat meneroka alam khayalan dan mengubah perkara yang gelap ke cahaya. Itu sahaja untuk ulasan demo ini. Nantikan ulasn penuh kami apabila Balan Wonderworld dilancarkan pada 26 Mac 2021 untuk pelantar PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One, Switch dan Steam. Bagi mereka yang berminat, permainan ini akan mengeluarkan demo percuma bermula esok, 28 Januari, jadi cubalah jika ada masa!

Muat turun di sini
Balan Wonderworld
Publisher: Square Enix
Developer: Square Enix
Release Date: 2021-03-26
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Balan Wonderworld adalah permainan platform yang akan datang yang dikembangkan oleh Balan Company dan Arzest, dan diterbitkan oleh Square Enix. Ia dijadualkan dilancarkan pada 26 Mac 2021 untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X / S, PlayStation 4, dan PlayStation 5
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Balan WonderworldDemoPreviewPS4square enix
Previous Post

Garena Call of Duty: Mobile MYSG Championship 2021 season diumumkan!

Next Post

Alat Sokongan Modding Rasmi Cyberpunk 2077 kini tiba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Alat Sokongan Modding Rasmi Cyberpunk 2077 kini tiba!

Alat Sokongan Modding Rasmi Cyberpunk 2077 kini tiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd