GTA 6 dilaporkan akan mempunyai protagonis wanita, yang merupakan penambahan baru untuk siri Grand Theft Auto. Rockstar Games belum mengumumkan GTA 6 atau mengesahkan bahawa permainan ini dalam pengembangan. Namun, menurut sejumlah laporan, GTA 6 sudah dalam pengembangan untuk PS5, Xbox Series X, Xbox Series S, dan mungkin juga PC.
Sayangnya, tidak ada maklumat lanjut tentang tarikh pelepasan, tetapi laporan baru tentang protagonis permainan telah dibocorkan oleh Tom Henderson, seorang “pembocor” dan pakar industri yang terkenal dengan maklumatnya tentang Call of Duty.
For the first time ever in a GTA title, GTA 6 will have a playable female and male protagonist. #GTA6 #GTAVI
— Tom Henderson (@_TomHenderson_) January 10, 2021
Di halaman Twitter, Henderson baru-baru ini mendedahkan bahawa GTA 6 akan mempunyai protagonis wanita yang boleh dimainkan di samping protagonis lelaki. Di sinilah maklumat itu berakhir dan Henderson pun tidak membocorkan sumbernya. Ia tidak jelas jika permainan mempunyai dua protagonis atau jika pemain harus mencipta seorang watak dan menentukan jantina mereka. Sekiranya Rockstar Games ingin memecahkan tradisi, ini adalah penambahan yang inovatif bagi pendapat saya.
I highly doubt Rockstar would do this type of thing. It will either be two playable characters or if they go the route of "choose your character", they'll probably actually have completely different stories, looking at you @Ubisoft
— Orange (@Nice_Oranges) January 10, 2021
Laporan Henderson telah terbukti boleh dipercayai pada masa lepas, walaupun ia biasanya berkaitan dengan Call of Duty. Walaupun laporan Henderson bukan sahaja terhad pada Call of Duty, perkara ini yang membuat dia terkenal. Saya akan sarankan pembaca sekalian supaya tidak percaya info yang diberi 100% kerana ia belum rasmi. Walaupun laporan itu tepat 100%, kandungan permainan juga boleh berubah.
Ini bukan kali pertama kami mendengar GTA 6 akan mempunyai protagonis wanita yang boleh dimainkan, tetapi, setakat ini, Henderson adalah sumber yang paling dipercayai. Untuk segala liputan kami tentang GTA 6, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post