Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan keluar di Asia pada 20 Mei 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Platform, PS4
0 0
0
Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan keluar di Asia pada 20 Mei 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Clouded Leopard Entertainment Inc. mengumumkan bahawa permainan action-adventure Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan keluar pada 20 Mei 2021 untuk untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Permainan ini adalah versi remaster penuh kepada Akiba’s Trip Plus yang dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2012, tapi dioptimumkan untuk konsol generasi sekarang.

Kisah ini berlangsung di Akihabara, sebuah wilayah sebenar di Tokyo. Dahulu dikenali sebagai pasar elektronik, Akihabara kini menjadi syurga bagi budaya pop Jepun, terutama anime, permainan video, dan idola pop. Protagonis telah diserang oleh Kageyashi (vampire), yang berkeliaran di bandar Akihabara pada waktu malam. Dia hampir terbunuh, tetapi seorang gadis Kageyashi muda menyelamatkan nyawanya. Selepas kejadian ini, protagonis kini bertekad untuk menghadapi segala kuasa jahat.

Malangnya, Kageyashi mempunyai kemampuan regeneratif, yang bermaksud mereka tidak boleh dikalahkan oleh serangan fizikal sahaja. Untuk membuat mereka terdedah kepada cahaya matahari (satu-satunya kelemahan mereka), pemain harus mengoyakkan pakaian Kageyashi pada waktu yang tepat, untuk menewaskan mereka!

Pada tahun 2020, siri Akiba’s Trip telah menjual sebanyak 800,000 unit di seluruh dunia, dan pada tahun ini, Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan memperingati ulang tahun ke-10 siri. Segala butiran Akihabara yang menarik telah dibentukkan semula dalam bentuk HD, jadi mereka yang pernah bermain permainan ini pada zaman kegemilangan PSP, dapat mengembalikan keseronokan lama mereka! Selain itu, “Badge System” (bukan sistem trofi) akan menawarkan cabaran unik kepada pemain untuk mendapatkan item lencana eksklusif sepanjang permainan.

 

1 of 5
- +

Edisi pertama Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed versi Asia akan dilengkapi dengan buku seni (dalam bahasa tradisional Cina dan Korea) yang merangkumi ilustrasi oleh 16 artis yang “menyukai Akihabara!” dan runut bunyi asli 2-cakera yang mewah, dengan 46 lagu dan muzik lebih dari 100 minit. Juga termasuk dalam versi pakej ini adalah buku panduan lengkap Akiba’s Trip (dalam bahasa Jepun), yang diterbitkan pada pelancaran Akiba’s Trip asal. Jangan lupa untuk pra-pesan!

Lihat di sini
Akiba's Trip: Hellbound & Debriefed
Publisher: Clouded Leopard Entertainment Inc.
Developer: Acquire Corp.
Release Date: 2021-05-20
Nintendo Switch, PlayStation 4
Akiba's Trip: Hellbound & Debriefed akan keluar pada 20 Mei 2021 untuk untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Permainan ini adalah versi remaster penuh kepada Akiba’s Trip Plus yang dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2012, tapi dioptimumkan untuk konsol generasi sekarang.
Tags: Akiba's Trip: Hellbound & Debriefednintendo switchPlayStation 4Remaster
Previous Post

SD GUNDAM G GENERATION CROSS RAYS PLATINUM EDISI untuk PS4 / Switch & SD GUNDAM G GENERATION GENESIS untuk Switch akan datang pada 25 Mac!

Next Post

Redmi 9T dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM599!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Redmi 9T dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM599!

Redmi 9T dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM599!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd