Ketika wabak COVID-19 terus melanda seluruh dunia, nampaknya negara Jepun sudah bersedia untuk perintah darurat kedua. Jepun telah mengalami lonjakan kes COVID-19 yang tinggi dalam dua bulan terakhir. Untuk membendung masalah ini, laporan menunjukkan bahawa perintah darurat mungkin akan dilaksanakan di negara tersebut tidak lama lagi. Hasilnya, banyak anime mungkin akan ditangguhkan dalam masa terdekat.
Di bawah satu matlamat yang sama, para gabenor Tokyo, Saitama, Kanagawa, dan Chiba berkumpul bagi mengumumkan rancangan bersama. Mereka bersetuju untuk mengimplementasikan rancangan awal dahulu demi menghentikan peningkatan kes COVID-19 sebelum pelaksaan perintah darurat rasmi. Langkah-langkah ini akan bermula pada hari Jumaat ini dan akan berlanjut hingga hujung Januari 2021 dalam usaha untuk menghalang rakyat daripada menyebarkan COVID-19.
Buat masa ini, rancangan awal meminta rakyat untuk mengelakkan sebarang jenis perjalanan kecuali jika ia benar-benar diperlukan. Bar dan restoran akan diminta ditutup lebih awal semasa tempoh kecemasan ini. Mereka juga mendorong setiap syarikat untuk bekerja sepenuhnya dari rumah jika boleh. Sekiranya tidak, ia sangat digalakkan bagi syarikat untuk merancang pertukaran syif kerja secara berperingkat bagi mengelakkan pekerja berkumpul dalam jumlah yang ramai.
https://www.youtube.com/watch?v=H61PB6vMbos
Langkah-langkah ini pernah diaplikasikan di Jepun sebelum ini. Pada April tahun lalu, Jepun mengumumkan perintah darurat rasmi yang merangkumi bandar-bandar besar seperti Tokyo. Perintah ini menyebabkan pelbagai studio anime untuk menghentikan produksi buat sementara, sehingga banyak rancangan dan filem anime terpaksa ditangguhkan atau ditunda. Beberapa projek anime besar pasti akan terjejas, dan kemungkinan besar akan mempengaruhi filem-filem besar seperti Evangelion 3.0+1.0 dan filem finale Gintama.
Sumber – NHK
@gamersantaimy
Discussion about this post