Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hati-hati! Scammer siap guna nama Impulse Gaming untuk jual PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Tempatan
0 0
0
Hati-hati! Scammer siap guna nama Impulse Gaming untuk jual PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun PS5 sudah kehabisan stok di Malaysia buat masa ini, satu lagi isu besar telah timbul. Di sini, Impulse Gaming ingin menasihati tentang scammer-scammer yang menggunakan nama syarikat mereka lalu menjual pra-pesanan untuk stok PS5 berikutnya di Malaysia kepada pengguna yang terlalu menginginkan konsol baru Sony.

Diambil daripada Facebook Impulse Gaming, scammer itu nampaknya telah membuat resit palsu untuk PS5, lengkap dengan logo rasmi Impulse Gaming. Mangsa kemudian menghubungi Impulse Gaming tentang resit kerana risau ditipu, tetapi diberitahu bahawa Impulse tidak ada kaitan dengan iklan PS5 ini. Berikut adalah terjemahan:

“Telah hadir kepada perhatian kami bahawa seorang penipu sedang berleluasa menawarkan PlayStation 5 untuk dijual yang menurutnya, adalah stok sedia ada di cawangan Sunway kami.

PERHATIKAN BAHAWA INVOIS INI BUKAN DARIPADA SYARIKAT KAMI. Kami tidak mempunyai apa-apa PS5 untuk dijual sekarang DAN KAMI TIDAK MENGAMBIL SEBARANG PRA-PESAN sehingga menerima notis lebih lanjut tentang peruntukan daripada Sony Malaysia.

TOLONG JANGAN JADI MANGSA KEPADA SCAM. Anda boleh menyemak di laman Facebook kami sekiranya tidak pasti.”

>>𝐒𝐂𝐀𝐌 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓 ! ! !<<

It has come to our attention that a scammer has been going around offering his PlayStation 5 for…

Posted by Impulse Gaming Sunway Branch on Monday, December 28, 2020

 

1 of 4
- +

Oleh kerana Impulse Gaming telah berhubung dengan mangsa, scammer tidak mendedahkan banyak maklumat dirinya sendiri, dan kita hanya tahu bahawa scammer adalah individu yang bertanggungjawab untuk resit palsu. Buat masa ini, kami di Gamer Santai sedang menunggu komen daripada Impulse Gaming.

Setelah pertama kali PS5 dilancarkan di Malaysia, saya faham kenapa ramai yang kecewa kerana tidak berjaya mendapatkannya semasa hari pelancaran. Bagi mereka yang terlalu inginkan PS5, saya sarankan anda semua tunggu dengan penuh kesabaran daripada merana ditipu oleh individu jahat yang ingin untung cepat. Untuk segala liputan kami tentang PS5 termasuk review dan unboxing, sila baca di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Impulse GamingMalaysiaps5Scammer
Previous Post

Filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Mugen Train kalahkan Spirited Away sebagai filem nombor 1 di Jepun!

Next Post

PewDiePie memenangi gelaran “Most Handsome Face of 2020”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PewDiePie memenangi gelaran “Most Handsome Face of 2020”!

PewDiePie memenangi gelaran "Most Handsome Face of 2020"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd