Capcom Holiday Sale sedang berlangsung! Sebilangan besar tajuk terpilih kini DISKAUN sehingga 80%! Beli versi digital setiap tajuk dengan diskaun khas di PS Store dan Steam! Sejumlah siri Capcom terkenal seperti “Resident Evil“, “Monster Hunter“, “Devil May Cry“, “Street Fighter” dan sebagainya mempunyai promosi yang berbeza pada kedua-dua permainan utama & DLC! Tidak kira anda mahu memenuhi keinginan memburu, cuba bertahan dari zombi, atau bertarung dengan syaitan, anda dapat mencari yang tepat dari Capcom!
Antara Diskaun menarik yang anda boleh beli sekarang!
Siri Monster Hunter
Berjuang sebagai Hunter dan menewasakan pelbagai Monster dalam Monster Hunter World dan Monster Hunter World: Iceborne! anda boleh dapatkan Monster Hunter World: Iceborne serendah RM81.22 sahaja di STEAM dan RM88.44 di PlayStation Store. Manakala Monster Hunter World hanyalah RM64.88 di STEAM!
Siri Resident Evil
Inilah peluang anda untuk mendapatkan kedua REMAKE Resident Evil 2 dan 3 dalam harga yang sangat murah! Siap ada pakej bundle untuk dapatkan keduanya sekali. Tanpa lengahkan masa, jom lah lawan zombi dan pelbagai makhluk mutansi lain! Anda boleh dapatkan kedua permainan ini dalam bundle berharga RM103.76 sahaja di STEAM!
Devil May Cry 5 Deluxe Edition
Tidak terlupa bahawa inilah peluang anda untuk beraksi sebagai Dante dan Nero! Penuh dengan aksi tanpa henti dan anda boleh mendapatkan versi edisi Deluxe ini hanya pada harga RM62.36 sahaja di STEAM!
Apa lagi yang anda nantikan? Dapatkan semua permainan Capcom sementara dalam Capcom Holiday Sale ini yang akan berlangsung sehingga 8 Januari 2021 untuk Playstation Store dan STEAM sehingga 5 Januari 2021. Layari laman web rasmi Capcom Holiday Sale untuk ketahui lebih banyak lagi diskaun menarik yang menanti anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post