Masih anda ingat dengan kartun korea yang viral awal tahun lalu, menganai si suami, anak dan rakan yang hampir kantoi dengan isterinya dan menyatakan PlayStation Pro mereka adalah Router Internet baru yang menggantikan Router lama yang rosak? Sehingga menjadi memes “Plash Speed“? Tak ingat anda lihat dulu di bawah ini video tersebut;
Haaa ingat kan? Nampaknya, kartun ini kembali lagi dengan sambungan yang agak “menyirap, lawak dan sweet” gitue! Ya~ Nampaknya si isteri mencuba untuk menjual PS Pro suaminya kali ini dan berharga $80! Itupun sebenarnya si suami ni tidak tahu pun isteri dia cuba menjual PS Pro dia ni, sehingga pembeli ingin melihat PlayStation yang dibeli melalui isterinya, bukak sahaja kotak baru tahu rupanya itu PS Pro dia!
Punyalah kesian kawan tu~ Sampai dia cerita kisah sebenar dia di “scamm” isterinya yang hanya menyatakan ingin membersihkan barangan di rumah kerana banyak barang yang tidak digunakan lagi. Rupaanya, kisah yang sama terjadi pada pembeli tersebut, sebab itulah dia membeli konsol tersebut pada si suami tu.
Sampai si suami itu pulang ke rumah, dia bising lah dengan isterinya kenapa jual, sedangkan dia main game lebih elok dari keluar minum arak atau berfoya-foya~ Sampai pengakhiran yang agak lawak dan “sweet”, si isteri suruh suami berhenti membebel, dan buka “Air Purifier” baru yang dibelinya dengan menggunakan duit jualan PS Pro tersebut, baru sahaja nak melenting sekali lagi, si suami terkejut “Air Purifier” yang dimaksudkan isterinya sebenarnya adalah PlayStation 5 terbaru!!! Wahhhh untung lah weh!
Jom usha kartun penuh tersebut di bawah;
Menjadi fenomena, PS5 pun dah hampir mendarat ke tangan peminat di Malaysia, bukan itu sahaja, ada juga artis dan streamer yang sudah menerimanya~ Adakah mungkin kami juga akan menerimanya? Tapi seronok kan sambungan Plash Speed yang menjadi Air Purifier ni? Okay, pada anda yang nak tahu selebihnya berita PS5 jangan lupa klik di sini.
Sumber: Youtube Jang Pizzu
@gamersantaimy
Discussion about this post