Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Season 10 mendedahkan peta baru Haven dan musuh AI lebih pintar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2020
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, iOS, Mobile, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
PUBG Season 10 mendedahkan peta baru Haven dan musuh AI lebih pintar!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah mengeluarkan trailer dinamik baru untuk mengumumkan musim ke-10 bermula 16 Disember di PC dan 17 Disember di konsol. Walau bagaimanapun, kemas kini ini secara rasmi sudah ada di test server hari ini, di mana pemaju sudah menjelaskan tentang tambahan-tambahan baru seperti peta baru, AI, dan banyak lagi.

Peta musim ke-10 dipanggil Haven, dan akan menggantikan peta Paramo. Haven akan menjadi “medan perang paling padat“, menurut siaran akhbar, kerana hanya 32 pemain yang akan dijatuhkan ke pulau perindustrian kecil tersebut yang diletakkan di kawasan lautan Amerika. Antara kawasan bandar bandar yang menjadi tumpuan adalah:

  • Carbon Steelworks Complex
  • Coal Yards
  • Industrial Zone
  • Residential Zone
  • Overpass
  • Docks

Disebabkan Haven adalah peta kecil dengan jumlah pemain yang lebih sedikit, ia hanya akan mempumyai mod Duo dan Solo. Tempoh perlawanan juga lebih pendek, dan bot tipikal PUBG tidak akan digunakan. Sebaliknya, Haven akan ada pasukan AI bernama Pillar yang terdiri daripada askar-askar istimewa yang ditugaskan untuk menjaga beberapa kawasan yang menyembunyikan “supply cache“.

Anggota utama Pillar akan menyerang pemain serta-merta dan dapat meminta bantuan daripada helikopter bantuan, yang memiliki “spotlight” untuk menarik perhatian “Pillar Tactical.” Pillar Tactical ialah kenderaan perisai dengan senjata dan bom api yang dapat meminta bantuan askar tambahan. Jika anda ingin mengelakkan diri, pemain boleh melarikan diri di tempat tinggi dengan menggunakan payung terjun kecemasan.

Update 10.1 has landed on test servers! Drop into the newest Battleground, and test your skills against the fearsome Pillar mercenaries of Haven. Hide, seek, and survive to earn that Chicken Dinner! #PUBG #Season10 #Haven pic.twitter.com/gXwxtnLRdj

— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) December 9, 2020

Update 10.1 juga menambah Survivor Pass baru, musim Ranked baru, Mastery Medal tambahan, tetapan customization, dan kemas kini pada matchmaking, UI, dan lain-lain. Jika anda berminat, PlayerUnknown’s Battlegrounds boleh didapati di mobile, PC, PS4, dan Xbox One.

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Tags: AIHavenPlayerUnknown's Battlegroundspubgseason 10
Previous Post

RAZER kini bersedia untuk acara ESPORTS SEA GAMES 2021!

Next Post

Sale Hujung Tahun bermula! Beli ASUS ExpertCenter D6 SSF & pelbagai menanti anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sale Hujung Tahun bermula! Beli ASUS ExpertCenter D6 SSF & pelbagai menanti anda!

Sale Hujung Tahun bermula! Beli ASUS ExpertCenter D6 SSF & pelbagai menanti anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd