Seperti yang dilaporkan oleh ZhugeEX di Twitter, filem Monster Hunter telah dibatalkan secara besar-besaran di pawagam China. Pembatalan tersebut dilakukan hanya satu hari selepas filem ini dikeluarkan di negara itu. Penggemar filem di China banyak mengkritik filem itu di media sosial dengan adegan jenaka yang mereka anggap terlalu sensitif tentang sifat perkauman.
Kemarahan daripada penonton China melibatkan adegan antara dua watak di mana seseorang membuat jenaka. Watak itu berkata:
“Look at my knees. What kind of knees are these? … Chi-knees.”
Jenaka yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada lawak rasis yang sering digunakan oleh kanak-kanak di negara-negara barat. Dengan rasa hormat, saya tidak akan menjelaskan lebih lanjut tentang maksud lawak itu di sini. Anda boleh melihat video sepuluh saat daripada filem Monster Hunter di bawah. Selain itu, ZhugeEX juga membincangkan topik yang sangat baik tentang kesedaran budaya dan tafsiran yang berbeza mengenai masalah ini.
Great writing in the Monster Hunter movie… pic.twitter.com/jTRnKOClCi
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) December 4, 2020
Capcom membalas di Weibo dengan mengatakan bahawa mereka akan menyiasat keadaan dan membuat tindakan lanjut dengan syarikat produksi. Pada masa yang sama, influencer-influencer besar China juga mengungkit hipokrisi Amerika tentang jenaka terhadap orang Asia yang terlalu sensitif. Memandangkan pasaran China untuk filem Hollywood semakin penting, ini pasti menghalang kejayaan dan pendapatan filem Monster Hunter di pasaran antarabangsa.
Capcom has issued a statement on social media due to the backlash, stating that it is aware of the situation and the controversy. That it is not the producer on the MH movie and that it will report the situation to the relevant film companies to investigate. pic.twitter.com/KxMWP6H69I
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) December 4, 2020
Sebagai kesan sampingan, sejumlah pengguna telah “review-bomb” Monster Hunter World di Steam. Setakat ini, mereka meninggalkan lebih daripada 2,000 ulasan negatif di halaman permainan video sambil mengkritik filem.
Untuk mereka yang tidak sabar untuk tonton, filem Monster Hunter akan dilancarkan di pawagam Malaysia pada 28 Januari 2021.
@gamersantaimy
Discussion about this post