Mitologi Norse telah meningkat dalam populariti permainan video sejak kebelakangan ini, dengan God of War dan Assassin’s Creed Valhalla di antara contoh yang paling terkenal. Sebilangan besar permainan setakat ini berasal daripada studio-studio “omputih“, tetapi MMORPG ODIN: Valhalla Rising dari Korea menunjukkan bahawa studio Asia pun mula meletakkan inspirasi mereka sendiri pada kisah Odin, Thor, dan dewa-dewa daripada mitologi.
Sudah lama kita tahu bahawa permainan ini sedang diusahakan oleh Lionheart Studios, di bawah nama Project Odin. Setelah pendedahan rasmi pada awal tahun ini, penerbit Kakao Games (Black Desert Online) menunjukkan lebih lagi tentang permainan di pameran G-Star 2020 baru-baru ini dengan dua trailer baru.
ODIN: Valhalla Rising adalah permainan yang sangat bercita-cita tinggi. Daripada segi penampilan, permainan ini membolehkan pemain meneroka lokasi dunia terbuka yang luas dan terperinci mengikut mitos Norse, dengan trailer menunjukkan persekitaran Midgard yang luas, bukit Jotunheim yang berbatu, hamparan salju Nidavellir, dan hutan tebal Alfheim. Selain itu, pemain boleh berinteraksi dengan pelbagai watak untuk dan beberapa kaedah untuk menjelajah dunia, seperti kuda, serigala, helang dan naga.
Buat masa ini, permainan ini dijadualkan untuk membuat debut pada tahun depan, tetapi persoalannya adakah jika ia akan keluar untuk seluruh dunia. Memandangkan kejayaan MMO lain seperti Black Desert Online dan Blade & Soul dari Korea, kemungkinan besar kita semua boleh mencuba permainan ini dalam masa terdekat. ODIN: Valhalla Rising akan dilancarkan pada tahun 2021 untuk mobile dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post