Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Hideo Kojima mungkin sedang membikin Silent Hills untuk PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2020
in Artikel, Berita, PS5, Seram
0 0
0
Khabar angin: Hideo Kojima mungkin sedang membikin Silent Hills untuk PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun dibatalkan 5 tahun lalu, satu projek yang tidak akan mati adalah Silent Hills daripada Hideo Kojima, dan Guillermo del Toro. Sekali lagi, khabar angin baru menunjukkan bahawa permainan ini sedang dalam pembangunan, di mana Sony sedang bekerjasama dengan Kojima Productions dan Konami untuk menjadikan permainan ini eksklusif di PlayStation 5.

Walaupun khabar angin ini sudah lama, kali ini ia berasal daripada orang industri, Moore’s Law is Dead, yang sebelum ini membocorkan sekuel God of War menjelang pengumumannya. Dalam episod terbaru podcast Broken Silicon, Youtuber tersebut mendakwa bahawa dia “hampir dapat mengesahkan” Silent Hills sedang dibangunkan untuk PlayStation 5 oleh Kojima Productions, untuk pengumuman rasmi di The Game Awards 2020.

Dalam podcast yang sama, dia juga mendakwa bahawa Bluepoint Games (Demon’s Souls) akan menguruskan remake Metal Gear Solid, sebuah lagi kolaborasi lain bersama Konami yang sebenarnya telah dikembangkan selama tiga tahun. Podcast juga mendakwa bahawa walaupun demo gameplay sudah siap untuk pendedahan, Sony sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya kerana tidak ingin mengulangi kesilapan yang sama seperti Microsoft ketika mendedahkan Halo Infinite.

Berita ini kemudian menjelaskan bahawa Sony bertindak sebagai orang tengah antara Hideo Kojima dan Konami setelah pergaduhan terkenal mereka selama berbulan-bulan menjelang keluaran Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain pada 2015, lalu mengakibatkan pembatalan Silent Hills. Memandangkan Moore’s Law is Dead masih belum mendedahkan sumbernya, saya sarankan anda semua agar tidak terlalu mempercayai maklumat ini. Hideo Kojima pun meninggalkan Konami dalam cara yang amat terbuka, jadi kita pun boleh faham jika dia tidak ingin bekerjasama dengan mereka semula.

Tags: hideo kojimaKojima Productionsplaystation 5Silent HillsSony
Previous Post

Ketahui bagaimana cross-saves di Cyberpunk 2077 berfungsi di konsol Nex-Gen

Next Post

Patch utama seterusnya Final Fantasy XIV akan dikeluarkan pada 8 Disember

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Patch utama seterusnya Final Fantasy XIV  akan dikeluarkan pada 8 Disember

Patch utama seterusnya Final Fantasy XIV akan dikeluarkan pada 8 Disember

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd