Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview gameplay Cyberpunk 2077 paling komprehensif bersama trailer Keanu Reeves!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Open World, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview gameplay Cyberpunk 2077 paling komprehensif bersama trailer Keanu Reeves!
Share on FacebookShare on Twitter

CD Projekt Red mengakhiri preview Cyberpunk 2077 terbaru di episod Night City Wire minggu ini dengan salah satu video gameplay terpanjang untuk permainan akan datang. Trailer gameplay di bawah menunjukkan gameplay langsung di mana penonton dapat melihat HUD dan semua yang dilakukan oleh pemain daripada perspektif first-person.

Setiap geng, NPC penting, senjata, pertempuran, dan banyak bahagian utama lain tentang Night City dapat dilihat sepanjang rakaman lima minit+. Komentari juga disertakan dengan gameplay untuk memudahkan pemain faham sekiranya mereka terlepas beberapa info penting tentang Cyberpunk 2077.

Bagi mereka yang tidak tahu, anda boleh memilih hala tuju protagonis bernama V melalui senarai pilihan dan keputusan penting yang akan dibuat semasa berinteraksi dengan geng dan NPC penting. Dalam bentuk RPG sebenar, keputusan anda akan menentukan bagaimana protagonis mendekati situasi tertentu sama ada dengan menyelinap, kelebihan teknologi, atau secara kasar. Modifikasi badan dan kecanggihan teknologi adalah sebahagian besar daripada Cyberpunk 2077, dan kerap membantu anda menyelesaikan misi seperti yang dilihat dalam rakaman di atas.

Episod Night City Wire yang sama juga mempunyai info tambahan tentang watak Johnny Silverhand yang dilakonkan oleh Keanu Reeves. Dalam video ini, Keanu Reeves menjelaskan tentang transformasinya Johnny Silverhand, dengan sesi rakaman rakaman suara dan motion-capture.

Untuk Skor dan Muzik, Marcin Przybyłowicz (The Witcher 3: Wild Hunt), P.T. Adamczyk (GWENT: The Witcher Card Game, Thronebreaker: The Witcher Tales), dan Paul Leonard-Morgan (Dredd, Limitless, Battlefield: Hardline), bersama-sama dengan pemuzik lain, bercakap tentang penghasilan muzik untuk permainan. Pemain kini dapat melihat Original Score EP yang baru dikeluarkan. Ia menampilkan 6 lagu yang berdurasi total 22 minit dan tersedia untuk platform streaming dan pengedaran muzik digital yang popular.

Jika anda ingin mencari maklumat penuh sebelum pelancaran permainan pada 10 Disember, inilah masanya. Sekiranya tiada masalah penundaan berlaku pada saat-saat akhir, Cyberpunk 2077 kini akan dilancarkan pada 10 Disember pada PC, Xbox One, Xbox Series X/S, PS4, & PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077Johnny SilverhandKeanu ReevesNight City Wire
Previous Post

Siapa akan sertai Geek Fam dalam Free Fire Continental Series (FFCS)? Tonton Play-Ins hujung minggu ini!

Next Post

Ciri dan Acara Mesra Pemain Tiba di Shadow Arena!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ciri dan Acara Mesra Pemain Tiba di Shadow Arena!

Ciri dan Acara Mesra Pemain Tiba di Shadow Arena!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd