Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tom and Jerry: Chase mulakan Season 2 dengan 8 juta muat turun dalam dua bulan pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2020
in Android, Artikel, Asymmetrical, Berita, Genre, Mobile
0 0
0
Tom and Jerry: Chase mulakan Season 2 dengan 8 juta muat turun dalam dua bulan pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Tom and Jerry: Chase, game “fast-paced 1v4 asymmetric” yang dikembangkan oleh NetEase Games dan dilesenkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment, telah mengumumkan permulaan musim kedua, dengan mendedahkan banyak ciri baru ketika permainan melebihi 8 juta muat turun di Asia Tenggara hanya selepas dua bulan pelancaran.

Season 2 menampilkan acara besar, bonus-bonus istimewa dan item bernilai yang ditambahkan ke Chase Pass. Pemain akan dapat membuka watak Tutz dan skin S-class, Flower Wedding Dress, serta meneroka pelbagai kandungan baru. Bersama dengan pelancaran Season 2, Tom and Jerry: Chase juga telah dipilih sebagai salah satu calon untuk Google Play: The Users’ Choice Award Category for 2020 di Indonesia dan Thailand!

Sejak dilancarkan pada bulan Ogos, Tom and Jerry: Chase telah menambahkan banyak elemen supaya peminat terus menikmati permainannya yang unik, watak-watak yang bervariasi dan pertempuran yang menyeronokkan. Kemas kini ini merangkumi watak klasik baru seperti Toddles Galore, Cowboy Tom, Devil Jerry, Pirate Jerry dan banyak lagi.

Peta Space Fortress juga memberikan pengalaman baru kepada pemain ketika mereka bertarung dalam persekitaran tanpa graviti, manakala aktiviti Beach Volleyball membawa mod permainan lain untuk dikuasai.

Sempena Hari Kesyukuran, Tom and Jerry: Chase menampilkan acara bertema dengan cabaranharian yang menjamin pek hadiah bagi setiap peserta dan akan mengadakan jualan besar pada Black Friday di mana pemain dapat membeli barang-barang unik pada harga yang rendah dan menikmati diskaun 50% untuk watak-watak popular seperti Detective Jerry, Topsy dan skin premium lain.

Pada masa yang sama, Season 2 akan menyambut dua watak baru iaitu satu kucing dan satu tikus ke arena. Salah satuny berasal dari syurga tapi boleh ke anda teka siapa itu? Masih banyak lagi yang tersembunyi dalam permainan. Ayuh kita memulakan perjalanan baru di Tom and Jerry: Chase!

Muat turun di sini
Tom & Jerry: Chase
Publisher: NetEase Games
Developer: NetEase Games
Release Date: 2020-08-21
Android, iOS
Tom and Jerry: Chase adalah permainan mudah alih kasual 1v4 dengan elemen kompetitif. Permainan ini mencipta semula gaya seni klasik asli. Pemain boleh memilih untuk bermain sebagai Jerry atau rakan-rakannya dalam usaha mencuri keju, atau bermain sebagai Tom untuk menghentikan mereka daripada berjaya. Siapa yang akan menang dalam pertempuran akal dan kuat ini? Sertailah lebih dari satu juta pemain dan selami permainan kucing dan tikus utama. Rasakan keseronokan mengejar!
Tags: netease gamesSeason 2Tom and Jerry: Chase
Previous Post

Pemain pro Dota 2 TNC Gabbi melontarkan komen seksis kepada streamer Malaysia Hishiko!

Next Post

Nioh 2 Complete Edition diumumkan untuk PC Steam & PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Nioh 2 Complete Edition diumumkan untuk PC Steam & PS5!

Nioh 2 Complete Edition diumumkan untuk PC Steam & PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd