Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Segala watak baru dalam Update 1.1 Genshin Impact!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2020
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile, PC, PS4
0 0
0
Segala watak baru dalam Update 1.1 Genshin Impact!
Share on FacebookShare on Twitter

11 November akan menjadi hari penting untuk komuniti Genshin Impact kerana menandakan pelancaran update 1.1, yang akan membawa banyak kandungan baru seperti kesinambungan jalan cerita Liyue. Sebagai tambahan kepada kemas kini ini, pemain juga berpeluang memperolehi empat watak baru melalui sistem gacha.

Update 1.1 Genshin Impact menampilkan empat watak baru (2 empat bintang dan 2 lima bintang) yang berasal daripada pelbagai latar belakang. Berkenaan dengan pilihan senjata, watak-watak ini dapat dipecah kepada dua pengguna busur dan anak panah, satu pengguna great sword, dan satu pengguna polearm. Bagi jenis elemen, watak-watak ini semuanya tergolong dalam kategori berbeza iaitu Hydro, Cryo, Pyro, dan Geo.

Tartaglia Childe – 5 Bintang

Pemain yang telah maju ke jalan cerita Liyue mungkin sudah kenal dengan Tartaglia Childe, di mana dia akan menjadi watak pertama Genshin Impact yang menggunakan busur dan elemen. Walaupun serangan standard dan charge-nya adalah kombo biasa yang digunakan oleh pengguna pemanah lain, kekuatan Childe datang daripada Elemental Skill dan Elemental Burst, yang membolehkannya bertukar antara serangan jarak jauh dan serangan jarak dekat. Ini mungkin akan menjadikannya sebagai salah satu DPS paling kuat dalam pasukan.

Zhongli – 5 Bintang

Watak lima bintang kedua dalam Update 1.1 Genshin Impact adalah ketua Weralheng Funeral Parlor, Zhongli. Dengan memakai senjata polearm dan elemen Geo, Zhongli telah memainkan peranan yang cukup menonjol dalam jalan cerita Liyue. Walaupun tidak banyak yang diketahui secara rasmi tentang apa yang akan dilakukan oleh Zhongli, sebuah video dibocorkan yang memaparkan Elemental Burst-nya. Ia berbentuk seperti meteor yang diseru dari langit yang nampaknya memberi buff pada Zhongli dan juga melakukan kerosakan AoE yang besar.

Diona – 4 Bintang

Diona adalah salah satu watak empat bintang baru dan merupakan bartender di The Cat’s Tail di Monstadt serta bangga dengan warisan Kätzlein. Diona adalah pengguna busur dan anak panah, namun dia akan menyertai Kaeya, Chongyun, dan Qiqi sebagai unit Cryo tambahan. Dengan latar belakang sebagai pakar perubatan, kebolehan Diona akan memberikan sokongan yang baik kepada mana-mana pasukan.

Xinyan – 4 Bintang

Watak terakhir yang boleh dinantikan oleh pemain adalah Xinyan. Walaupun sedikit yang diketahui tentang latar belakangnya, ia ditunjukkan melalui treler bahawa dia menggunakan elemen Pyro Element dan juga senjata Claymore. Walaupun ini mirip dengan Diluc, nampaknya kebolehan Xinyan akan bertema muzik kerana dia sering dilihat memakai gitar bass.


Genshin Impact kini tersedia di PC, PS4, dan peranti mobile.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Tags: DionaGenshin ImpactTartaglia ChildeXinyanZhongli
Previous Post

Penggambaran The Witcher Netflix terpaksa dihentikan kerana ujian positif COVID-19!

Next Post

Henshin! Beraksi dengan Kamen Rider: Memory of Heroez, ini review kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Henshin! Beraksi dengan Kamen Rider: Memory of Heroez, ini review kami!

Henshin! Beraksi dengan Kamen Rider: Memory of Heroez, ini review kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd