Tidak lama lagi, peminat WWE dapat bermain superstar kegemaran mereka dalam cara yang serba baru setelah nWay mendedahkan permainan terbaru, WWE Undefeated. Studio tersebut akan mengadaptasikan ahli gusti sebenar WWE dalam permainan video mobile yang menampilkan pertempuran real-time dan beberapa nama terbesar daripada Raw dan SmackDown. WWE Undefeated mempunyai perlawanan berdurasi pantas di kawasan-kawasan eksotik di seluruh dunia, dan akan mengawal superstar seperti The Undertaker, Roman Reigns, Drew McIntyre, The Fiend, dan banyak lagi, sambil menggunakan kemahiran istimewa mereka. Jom kita tonton trailer di bawah:
Kami belum tahu senarai lengkapnya, tetapi video di atas menampilkan Reigns, McIntyre, Fiend, The Rock, The Undertaker, Kofi Kingston, Seth Rollins, dan AJ Styles. Pada masa ini, tidak ada wanita yang ditunjukkan dalam permainan, tetapi mereka mungkin akan ditambah dalam masa terdekat.
“NWay adalah pakar dalam membuat permainan ‘real-time multiplayer’ yang kompetitif dan kami sangat terujua untuk bekerjasama dengan WWE untuk memberikan pengalaman luar biasa ini. Menggabungkan permainan PvP dengan kemampuan untuk mengumpulkan dan meningkatkan kemahiran tandatangan superstar WWE menjadikan Undefeated sebagai permainan mudah alih WWE yang dinantikan peminat.” -Taehoon Kim, CEO nWay.
“Reputasi nWay yang kuat dalam mengembangkan permainan multiplayer yang berkualiti menjadikannya rakan kongsi natural bagi kami. WWE Undefeated akan membolehkan peminat berhubung dengan superstar dan legend kegemaran mereka dalam suasana yang menyeronokkan dan penuh aksi pada peranti mudah alih.” -Sarah Cummins, Naib Presiden Kanan, Produk Pengguna WWE.
Anda boleh membuat pra-pendaftaran sekarang di wweundefeated.com untuk dapatkan AJ Styles, apabila permainan keluar di peranti iOS dan Android pada 3 Disember.
@gamersantaimy
Discussion about this post