Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing eksklusif – World of Warcraft: Shadowlands Collector’s Edition!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 6, 2020
in Artikel, Berita, Eksklusif, PC, Unboxing
0 0
0
Unboxing eksklusif – World of Warcraft: Shadowlands Collector’s Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan hanya satu aksi kemusnahan, Sylvanas Windrunner telah membuka jalan menuju ke akhirat. Malangnya, masih ada beberapa minggu lagi sebelum World of Warcraft: Shadowlands dilancarkan pada 23 November 2020. Bagi peminat yang tidak sabar, saya memberi teaser dahulu dengan unboxing World of Warcraft: Shadowlands Collector’s Edition. Jom kita lihat dengan lebih dekat!

*Terima kasih kepada rakan-rakan kami daripada Blizzard kerana memberikan kami set eksklusif ini*

Convenant Sigil

 

1 of 5
- +

Yang pertama dalam senarai adalah Convenant Sigil yang berbentuk satu set koleksi yang merangkumi empat kerajaan yang memerintah dunia Shadowlands. Tunjukkan kesetiaan anda kepada Kyrian dari Bastion, Necrolords dari Maldraxxus, Night Fae dari Ardenweald atau Venthyr dari Revendreth dengan menghiasi pin ini di beg, tali pinggang, atau pakaian pilihan anda.

Hayati seni Shadowlands

 

1 of 4
- +

Alami perkembangan visual dunia Azeroth melalui buku hardcover ini, dan pelajari tentang aspek dunia Warcraft yang belum banyak diterokai, hingga sekarang. Buku seni ini terdiri daripada konsep seni lakaran watak dan reka bentuk persekitaran awal Shadowlands. Di muka depan buku seni adalah corak yang direka dengan cantik serta logo keempat-empat kerajaan yang sesuai dengan tema keseluruhan koleksi.

Mousepad yang memecah belah langit

 

1 of 2
- +

Saksikan saat Sylvanas menghancurkan pelindung antara dunia nyata dan akhir, lantas mengubah nasib Azeroth selama-lamanya, dalam bentuk mousepad yang menarik! Mengikuti tema Collector’s Edition, marilah bermain World of Warcraft dengan mousepad bertema Shadowlands ini!

Kod Digital & Soundtrack

 

1 of 2
- +

Bersama dengan lagu orkestra daripada soundtrack Shadowlands, ayuh kita meneroka dunia dengan kod digital untuk beberapa kandungan permainan bagi mereka yang mendapatkan Collector’s Edition.

Antara kandungannya ialah:

  • Ensorcelled Everwyrm mount: Mulakan pengembaraa dengan makhluk gaib yang dihasilkan daripada 100% anima.
  • Anima Wyrmling pet: Terokai kehidupan akhirat bersama rakan baru anda.
  • Vestments of the Eternal Traveler: Gunakan Everwyrm untuk memulakan misi untuk Vestments of the Eternal Traveller, satu set transmog baru.
  • Wraithchill cosmetic weapon: Buka efek kosmetik baru untuk senjata anda. Wraithchill hanya dapat digunakan untuk jenis senjata tertentu.
  • Eternal Traveler’s Hearthstone: Kembali ke lokasi Hearthstone anda dengan efek kosmetik yang cantik.
  • Shadowlands-Level Character Boost: Tingkatkan satu watak dengan serta-merta untuk menghadapi cabaran Shadowlands.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan World of Warcraft: Shadowlands Collector’s Edition, anda boleh melihat laman web rasmi untuk maklumat lebih lanjut.

Muat turun di sini
World of Warcraft: Shadowlands
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2020-10-27
Microsoft Windows
World of Warcraft: Shadowlands adalah pek pengembangan kelapan untuk permainan main peranan dalam talian berbilang pemain World of Warcraft, berikutan Battle for Azeroth.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardUnboxingWorld of Warcraft: ShadowlandsWorld of Warcraft: Shadowlands Collector's Edition
Previous Post

Berlumba dalam off-road, DIRT 5 kini hadir di Konsol dan PC!

Next Post

Ada yang cari kerja dalam dunia Gaming? Laman web CareerBraves lah jawapannya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Ada yang cari kerja dalam dunia Gaming? Laman web CareerBraves lah jawapannya!

Ada yang cari kerja dalam dunia Gaming? Laman web CareerBraves lah jawapannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd