Black Clover telah memulakan misi latihan baru Asta di mana dia harus berhadapan dengan Devil-nya dan bagi menegaskan betapa seriusnya keadaan, bab terbaru manga oleh Tabata Yuki telah berkongsi pandangan penuh bagi bentuk sebenarnya Devil milik Asta. Ketika Dark Triad dari Spade Kingdom menculik Yami dan Vangeance untuk mengorbankan mereka demi membuka pintu ke underworld, vice-captain Black Bulls mendedahkan rancangannya untuk melatih Asta supaya dia menggunakan kekuatan Devil dengan lebih baik dan menjadikannya pahlawan utama Clover Kingdom.
Bab sebelumnya secara rasmi memulakan latihan Asta dengan Nacht. Asta kini diberi tugas untuk mengalahkan Devil-nya sendiri supaya dapat membuatkan kontrak sepenuhnya untuk benar-benar menggunakan kekuatan Devil. Tetapi dalam latihan ini, Asta akhirnya dapat melihat bagaimana rupa Devil di dalam badannya.

Pada bab 267, kita diberi imej lengkap Devil dan wajahnya benar-benar unik. Walaupun belum dapat melihat tubuhnya, ini adalah pandangan penuh terhadap diri Devil Asta yang sebenar. Kita telah tahu tentang Devil Asta selepas interaksi bersama Devil lain dalam siri, tetapi bab terbaru menunjukkan bahawa masih ada banyak rahsia yang masih perlu dibongkarkan mengenai identiti Devil Asta . Kita bukan sahaja tidak tahu namanya, malah juga tidak tahu bagaimana perasaan Devil tersebut kepada Asta.
Pada permulaan pertarungan bersama Devil-nya,Asta benar-benar percaya bahawa Devil itu bertarung tanpa niat jahat. Di penghujung bab, kita juga dapat melihat “flashback” ringkas yang menunjukkan seorang gadis muda. Gadis itu kemungkinan besar adalah ibu Asta kerana kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.

Apa pendapat anda tentang bentuk sebenar Devil Asta? Adakah Asta akan dapat mencapai kesepakatan dengan Devil-nya dan membuat kontrak rasmi untuk menjadikan dirinya lebih kuat? Beri tahu kami pendapat anda dalam ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post