Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-cara untuk main game PS4 anda di PS5! Mudah saja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS4, PS5
0 0
0
Cara-cara untuk main game PS4 anda di PS5! Mudah saja!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation akhirnya berkongsi beberapa info penting tentang fitur backwards compatibility PlayStation 5 dan cara-cara ia berfungsi dengan permainan video PlayStation 4. Walaupun majoriti game PlayStation 4 dapat dimainkan dengan lancar di PlayStation 5 melalui backwards compatibility, ada beberapa yang dapat ditingkatkan ke versi PlayStation 5 untuk memanfaatkan lebih banyak fitur konsol seperti framerate yang lebih baik dan banyak lagi. Untuk menerangkan lagi tentang proses upgrade ini, PlayStation telah menjelaskan langkah-langkah yang harus diambil oleh pengguna untuk bermain game PlayStation 4 mereka di PlayStation 5.

Berita baiknya adalah upgrade ini tetap tersedia tidak kira jika anda memiliki game versi cakera atau salinan digital. Versi cakera atau “disc” tentu saja tidak akan memberikan sebarang kebaikan bagi pengguna jika anda membeli PlayStation 5 Digital Edition, jadi anda harus berawas-awas semasa memilih konsol anda.

Dalam artikel yang membincangkan backwards compatibility, PlayStation menghuraikan proses satu demi satu. Langkah-langkah tersebut boleh didapati di bawah:

Upgrade game PS4 ke PS5 menggunakan Cakera

  • Login ke akaun anda di konsol PS5 (atau buat akaun baru).
  • Masukkan cakera permainan video PS4 yang sesuai.
  • Pergi ke hab permainan untuk game PS4 tersebut.
  • Pilih tawaran upgrade di hab permainan dan lihat tawaran tersebut.
  • Pilih Download (atau beli dengan harga diskaun) untuk memuat turun/membeli kandungan.
  • Setelah muat turun selesai, anda boleh memainkan versi digital PS5 dengan memasukkan cakera PS4. Anda mesti memastikan cakera dimasukkan setiap kali untuk bermain.

Upgrade game PS4 ke PS5 menggunakan versi Digital

  • Login ke akaun anda di konsol PS5 (atau buat akaun baru).
  • Cari permainan di PlayStation Store, atau di Search, dan pergi ke hab permainan untuk game PS5 tersebut.
  • Pilih tawaran upgrade di hab permainan dan lihat tawaran tersebut.
  • Pilih Download (atau beli dengan harga diskaun) untuk memuat turun/membeli kandungan.
  • Setelah muat turun selesai, anda boleh bermain game PS5 tersebut.

Setiap proses memerlukan muat turun untuk setiap permainan. Ini bermaksud ia tidak sepantas seperti memindahkan kandungan dari satu konsol ke konsol lain, tetapi masih merupakan proses yang mudah. Itu sahaja!

Tags: backwards compatibilityplaystationPS4ps5
Previous Post

Ghost of Tsushima akan keluar di PS5 bersama peningkatan next-gen!

Next Post

Trailer pertama untuk filem anime Gintama: The Final dikeluarkan! Nada serius & lucu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem
Promosi

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem

June 8, 2026
Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations
Berita

Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations

June 8, 2026
Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC
Berita

Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC

June 8, 2026
Next Post
Trailer pertama untuk filem anime Gintama: The Final dikeluarkan! Nada serius & lucu!

Trailer pertama untuk filem anime Gintama: The Final dikeluarkan! Nada serius & lucu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd