Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Outriders rasmi akan keluar pada 2 Febuari 2021 untuk semua konsol & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Outriders rasmi akan keluar pada 2 Febuari 2021 untuk semua konsol & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun banyak game besar seperti Assassin’s Creed Valhalla dan Watch Dogs: Legion telah mengesahkan tarikh pelancaran, Outriders menjadi salah satu permainan video tanpa tarikh rasmi. Nasib baik lah pengumuman hari ini akhirnya memberi jawapan yang ditunggu-tunggu oleh peminat. Malangnya, berita itu tidak baik untuk peminat yang ingin ia keluar tahun ini. Outriders telah ditunda daripada tarikh pelancaran 2020 dan kini akan tiba pada tahun 2021. Namun, penantian itu sebenarnya agak pendek kerana trailer di bawah menunjukkan bahawa tarikh pelancaran baru adalah 2 Februari 2021.

Pengurus Komuniti Outriders, Toby Palm, menjelaskan bahawa keputusan mereka untuk menangguhkan game ini sebahagiannya disebabkan oleh wabak COVID-19 yang memaksa studio bekerja jarak jauh. Walaupun kebanyakkan kandungan sudah lengkap, masalah utama yang dihadapi studio adalah masa untuk menguji permainan dengan betul. Dengan demikian, keputusan ini dibuat untuk memberi studio lebih banyak masa bagi membetulkan dan membaiki masalah-masalah lain.

Palm juga menyatakan bahawa Outriders akan dilancarkan dengan “cross-play compatibility” penuh, untuk membolehkan peminat bermain bersama dengan rakan-rakan di PC atau konsol Sony dan Microsoft. Selain itu, pemain yang membeli Outriders untuk sistem konsol generasi seperti PS4 dan Xbox One dapat menggunakan “next-gen upgrade” secara percuma.

Pra-pesan OUTRIDERS sekarang di PS4, Xbox One, atau Steam untuk menerima Hell’s Rangers Content Pack, yang merangkumi:

  • Gear Set Hell’s Rangers (Male & Female).
  • Senjata Hell’s Rangers yang mempunyai 11 pistol unik.
  • Mod dan Decals untuk trak Hell’s Rangers.

Pra-pesan di PlayStation™ Store dan terima tema PlayStation® eksklusif OUTRIDERS.

Outriders dilancarkan pada 2 Februari 2021 untuk pelantar PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X, dengan versi Stadia sedang dibangunkan untuk tahun 2021.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cross-play compatibilitynext-gen upgradeOutridersps5release dateXbox Series X
Previous Post

RAMBO akan datang ke Mortal Kombat 11 dan ia disuarakan oleh Sylvester Stallone sendiri!

Next Post

Sertai GALAXY’S TERBAIK sebagai STAR WARS ™: SQUADRONS ke dalam rumah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sertai GALAXY’S TERBAIK sebagai STAR WARS ™: SQUADRONS ke dalam rumah!

Sertai GALAXY'S TERBAIK sebagai STAR WARS ™: SQUADRONS ke dalam rumah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd