Baru-baru ini, Razer telah menghantar produk terbaru mereka kepada kami yang lain dari yang lain untuk di review! Ya, bukan headphone, bukan tetikus dan bukan juga keyboard! Sebaliknya sebuah kotak besar datang ke lokasi kami, keluarkan, dan pasangkan, maka memperkenalkan RAZER ISKUR terbaru – sebuah kerusi gaming yang berinpisrasikan dengan kerusi lumba!
Ciri-ciri utama
Pemain akan mendapat ciri-ciri kesihatan terjaga terutama dari postur tulang badan kita dengan sistem Lumbar yang tersedia di Razer Iskur ini. Razer berjaya untuk menjadikan penyelesaian yang ada berfungsi dengan berusaha mendapatkan sokongan belakang yang betul. Untuk gamers, sudah tentu anda layak untuk mendapat yang lebih baik terutama kesihatan postur badan dan tulang belakang yang betul dan tidak berlebihan.
Sokongan yang betul. Formasi Gaming Maksimum
- Keboleh ulangan Tinggi – Untukprestasi gaming yang konsisten
- Disediakan untuk Kelincahan Maksimum – Untuk jangkauan yang optimum dan responsif
- Prestasi Puncak Lebih Panjang – Meminimumkan kesakitan dan ketegangan
Reka bentuk Luaran
Anda dah tahu dengan ciri utama Razer ISKUR ini kan, jadi dengan reka bentuk luaran ISKUR, yang pertama menyerlah adalah signatur asli Razer iaitu logo mereka yang berwarna hijau di bahagian tengah depan kerusi dan belakang kerusi. Di bahagian tempat duduk terdapat slogan “FOR GAMERS, BY GAMERS”.
Tiada sebarang lampu RGB seperti produk Razer yang lain/ Keseluruhan berwarna hitam likat dengan kulit sintetik berlapis serta ada garisan corak seperti ular kobra yang nampak keganasan ISKUR di situ. Penyesuaian sistem Lumbar tersedia untuk konsep asal kerusi ini, jadi kesemua ketinggian, perubahan had untuk sandar belakang, sandaran tangan kesemuanya dapat disuaikan.
Apa pula sebenarnya Sistem Lumbar ini?
Lumbar secara adjektif adalah kata sifat yang bermaksud atau berkaitan dengan bahagian belakang tubuh, antara diafragma dan sakrum. Jadi sistem Lumbar yang tersedia pada kerusi gaming ini yang utamanya adalah untuk sokongan tulang belakang saraf tunjang pengguna dengan kedudukan tulang belakang yang neutral. Seperti yang anda tahu, kebanyakkan kerusi gaming lain hanya menggunakan kusyen biasa untuk keselesaan, ISKUR pula dibina dengan Lumbar yang sokongan disesuaikan secara minimul.
Yang menarik ISKUR ini, sistem sokongan lumbarnya adalah pilihan kita sendiri, itu bermaksud pengguna dapat menyesuaikan keselesaan sepenuhnya oleh mereka sendiri. Ia boleh menegak hingga 26 darjah untuk memastikan pengguna memiliki postur yang optimum semasa bermain game. Tetapi mengikut keselesaan sendiri, bagi kami apabila terlalu menegak, fitur ini seperti tidak berguna, jadi kebelakangkan sedikit untuk keselesaan belakang badan kami. Dengan sistem teknologi tinggi, sudah tentu setiap orang ada keselesaan sendiri untuk disuaikan terutama pada kerusi gaming bersistem Lumbar ini.
Selain belakang yang selesa, tangan kita pun kena selesa juga
4D ARMTESTS tersedia pada ISKUR untuk untuk kedudukan yang dapat disesuaikan sepenuhnya. Bahagian tempat letak tangan boleh bergerak antara kehadapan, keatas, ke kiri kanan dan kebelakang. Pemain dapat menyesuaikan diri pada kedudukan yang sesuai semasa bermain game. Pergelangan tangan dan lengan bawah diletakkan untuk tindak balas tangkas. Fungsi ini sangat berguna kerana kami dapat mengatur ketinggian kami sendiri semasa bermain permainan dan tidak akan merasa sakit atau ketidak selesaan penggerakan tangan.
Kusyen memori foam untuk kepala pun tersedia
Kusyen ini sememangnya kontur dinamik kepada kepala pengguna. Berbanding dengan kerusi gaming lain, pengguna akan menjadi lebih selesa dengan kusyen ini. Selain itu postur anda membuat bahagian pandangan penglihatan di optimumkan. Jadi jika betul kan postur badan tu, penglihatan turut menjadi maksimum.
Walaupun bagi kami ada yang pendek pula, terasa kusyen ada sedikit lebih tinggi, terutama jika kebelakangkan kerusi ini, jadi kami harus cabutnya dan letak terus ke leher, memang baring sambil merasakan keselesaannya~ Kusyen busa berketumpatan tinggi memberi pengguna keseimbangan sokongan dan keselesaan yang sempurna
Bandingkan dengan kerusi permainan lain, reka bentuknya agak lebar dan yang ini, memang kami setuju kerana ianya sangat selesa.
Dengan kulit sintetik memang agak selesa, tetapi~
Okay, bagi material kain yang digunakan pada ISKUR ini adalah kulit sintetik atau “Synthetic Leather”, dengan kulit sitetik ini kerusi ini boleh tahan pada kehausan penggunaan dan lusuhan yang lebih lama dan ini telah dijalankan ujian di bawah ujian lekatan lapisan dari Razer.
Tetapi, memang ketahanannya hebat, cuma jika anda duduk di bilik yang tidak berhawa dingin dan hanya mengharapkan kipas, memang akan terasa cepat berpeluh dan belakang badan agak kebasahan dengan peluh. Tapi kalau bilik gaming sejuk, tiada masalah lah, memang selesa!
Roda gerak lancar, ejas kerusi mengikut keselesaan
Selalu sangat dapat kerusi gaming yang rodanya sering tersangkut atau cepat patah kan? Jangan risau ISKUR mempunyai penggerakkan roda yang sangat lancar! Bosan-bosan nak main race kerusi gaming pun boleh!
Untuk perubahan sudut, kerusi ini tidak lah boleh dibaringkan sehingga 180 darjah, tetapi boleh sesuaikan sampai 135 darhad dan memang menepati keselesaan untuk kita merehatkan pinggang kita.
Maka kesimpulannya~
Okay nak pasang kerusi ni kalau buat seorang diri memang barai~ So kenalh sekurang-kurangnya dua orang untuk memasangnya dan mengambil masa dalam 30 minit. Berat untuk duduk di ISKUR dalam lingkungan 136kg dan ketinggiannya adalah dalam 190cm.
Apa yang bagusnya untuk Razer ISKUR ini yang pertama tempat duduk lebih luas berbanding kerusi permainan yang lain. Kedua reka bentuk untuk penggunaan jangka panjang dengan sistem Lumbar yang sememangnya harus dipuji. Ketiga kusyen Memory sangat selesa apabila diletakkan di belakang leher dan yang terakhir penggerakan roda sangat lancar!
Manakala untuk keburukkannya pula, jika suhu bilik anda panas, maka mungkin anda akan berasa cepat berpeluh duduk di kerusi ini, lagi satu, kalau pengguna yang pendek mungkin terasa ketot je bila dalam posisi baring tu~ Jadi bagi kami, jika anda ada bilik yang ada aircond, memang memuaskan perfect lah senang untuk mendapatkan kerusi ini. Jadi pada anda yang ingin membeli Razer ISKUR, anda boleh dapatkannya di pembelian dalam talian melalui Razer.com dengan berharga RM2,299.00 sahaja dan ketahui selanjutnya di sini! Sampai sini saja gais!
@gamersantaimy
Discussion about this post