Syarikat Sunrise akhirnya telah mengumumkan tarikh pembukaan perdana bagi orang ramai untuk mengunjungi robot Gundam RX-78 berukuran 60 kaki oleh Gundam Factory Yokohama di laman rasmi mereka. Awalnya ia dijadualkan untuk keluar pada Oktober 2020, tetapi tayangan perdananya ditunda dan acara pra-pembukaan pula dibatalkan kerana wabak coronavirus. Gundam ini akan dibuka untuk masa yang terhad, bermula 19 Disember 2020 hingga 31 Mac 2022.
Tiket akan mula dijual pada 2 Oktober 2020. Mereka yang berumur 13 tahun ke atas perlu membeli tiket dewasa pada harga 1,650 yen, manakala kanak-kanak di bawah umur 7 hingga 12 tahun boleh membeli tiket pada harga 1,100 yen. Pemegang tiket dibenarkan memasuki bangunan Gundam Lab untuk belajar tentang teknologi robot, membeli barangan yang berkaitan dengan Gundam di kedai The Gundam Base, atau bersantai di Gundam Café. Pengunjung awal juga akan dihadiahkan model RX-78F00 Gundam Gunpla secara percuma.
Tarikan utama di sini adalah Gundam-Dock Tower, di mana terletaknya sebuah Gundam sebenar seukuran 60 kaki. Setiap pengunjung perlu membeli tiket lain pada harga 3,300 yen untuk melihat Gundam secara dekat. Pelawat dewasa boleh membawa sehingga 3 kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah secara percuma. Gundam ini akan menunjukkan persembahan pergerakan setiap setengah jam daripada jam 10:30 hingga 20:30 dan mempunyai persembahan yang berbeza berdasarkan musim dan waktu dalam sehari. Sebagai contoh, ia akan menunjukkan Saber pada waktu malam.
Namun, kerana pandemi coronavirus masih belum reda, langkah-langkah ketat untuk mencegah penyebaran jkangkitan akan diterapkan. Pengunjung digalakkan untuk berlatih menjauhkan diri, mencuci tangan dengan kerap, dan memakai topeng muka dan sarung tangan. Mereka yang mempunyai suhu lebih dari 37.5 ℃ atau menunjukkan simptom akan ditolak. Garis panduan tersebut secara khusus tidak menggalakkan pengunjung dari negara dan wilayah lain yang dilarang masuk atau pesakit di bawah kuarantin 14 hari.
Gundam Factory Yokohama akan dibuka kepada warga umum bermula 19 Disember 2020 hingga 31 Mac 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post