Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2020] Inilah “playable character” ke-2 Scarlet Nexus dengan jalan cerita berbeza! Memperkenalkan Kasane Randall!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Livestream, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS2020] Inilah “playable character” ke-2 Scarlet Nexus dengan jalan cerita berbeza! Memperkenalkan Kasane Randall!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco mengadakan siaran langsung untuk Scarlet Nexus di TGS 2020, denganmendedahkan pelbagai trailer dan adegan gameplay baru. Secara khusus, kami mendapat tahu bahawa Scarlet Nexus sebenarnya mempunyai dua protagonis! Yang pertama adalah Yuito Sumeragi, yang sudah biasa kita lihat. Kedua adalah Kasane Randall, seorang watak yang pernah diperkenalkan sebelum ini tetapi tidak dijelaskan dengan lebih terperinci. Ternyata, dia pun protagonis juga! Pemain akan dapat memilih antara Yuito dan Kasane, di mana masing-masing mempunyai jalan cerita tersendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=g8NZiLqCSUw

Kasane Randall mempunyai kekuatan psikokinetik seperti Sumeragi dan merupakan ahli baru Other Suppression Force (OSF) yang baru tamatkan latihan. Dia adalah watak yang “cool”, rasional dan agak menyendiri tetapi merupakan seorang elit dengan kemahiran bertarung yang luar biasa bersama abiliti khasnya. Malangnya, Kasane Randall sering dihantui oleh visi-visi misteri.

Daripada mengawal kedua-dua protagonis dalam satu permainan, pemain harus memilih antara Sumeragi dan Randall untuk mengalami kisah yang sama daripada sudut pandangan yang berbeza. Maklumat lebih lanjut akan diumumkan pada kemudian hari.

Tiga ahli lain Other Suppression Force juga diumumkan:

Tsugumi Nazar telah berada di OSF selama 12 tahun dan boleh melihat masa depan. Dia seorang yang pemalu tetapi watak yang tekun yang sentiasa tenang dalam pertempuran.

Gemma Garrison adalah veteran OSF selama 38 tahun yang abiliti khasnya menjadikan tubuhnya tidak dapat ditembusi sebagai langkah pertahanan. Oleh kerana kuasa abiliti ini menurun seiring dengan peningkatan usia, Garrison dirawat dengan ubat – jadi dia kelihatan terlalu tua berbanding yang lain.

Luka Travers adalah watak lelaki androgenous yang telah bersama OSF selama 22 tahun dan boleh menggunakan teleportasi. Travers menduduki peringkat tinggi dalam OSF sebagai salah satu Septentrions (tujuh anggota yang paling berbakat), dan merupakan seorang askar yang dapat menganalisis pertarungan dan membuat keputusan taktikal.

Trailer baru:

Scarlet Nexus akan dikeluarkan di Xbox Series X, Xbox One, PS5, PS4 dan Steam. Tarikh pelepasan rasmi masih belum diumumkan.

Lihat di sini
Scarlet Nexus
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Bermain sebagai Yuito Sumeragi, yang dilengkapi dengan bakat dalam psiko-kinesis, menjelajah kota futuristik New Himuka dan mengungkap misteri masa depan Brain Punk terperangkap antara teknologi dan kemampuan psikik.
Tags: Bandai NamcoKasane RandallprotagonisScarlet NexusTGS 2020
Previous Post

[TGS 2020] Animal Crossing memenangi Grand Awards! Ini Keputusan hari Kedua Japan Game Awards 2020!

Next Post

[TGS2020] Guilty Gear -Strive- Acara Online dan Character Trailer akan datang 11 Oktober ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
[TGS2020] Guilty Gear -Strive- Acara Online dan Character Trailer akan datang 11 Oktober ini!

[TGS2020] Guilty Gear -Strive- Acara Online dan Character Trailer akan datang 11 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd