Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menjadi manga Shonen Jump ke-8 untuk edar 100 juta salinan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menjadi manga Shonen Jump ke-8 untuk edar 100 juta salinan!
Share on FacebookShare on Twitter

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba memang sangat popular, dan anda hanya perlu melihat anugerah yang diterima oleh manga-nya untuk mengesahkan fakta ini. Setelah membuat debutnya beberapa tahun lepas, karya oleh Koyoharu Gotouge ini telah menjadi popular di seluruh dunia. Debut anime-nya pula meningkatkan lagi kejayaan Kimetsu no Yaiba ke tahap yang lebih tinggi, sehingga manga kini sudah mencapai pengedaran sebanyak 100 juta salinan. Shueisha mengesahkan pencapaian ini menjelang pelancaran jilid baru, dan penerbit tersebut mengatakan jumlahnya merangkumi salinan digital dan fizikal.

Kimetsu no Yaiba kini menjadi manga ke-8 di bawah Shonen Jump untuk mendapatkan penghargaan ini. Manga lain termasuk Kochikame, JoJo’s Bizarre Adventure, Slam Dunk, Dragon Ball, Bleach, Naruto, dan One Piece. Semua judul ini diedarkan sekurang-kurangnya 100 juta salinan tetapi jangan keliru maksud pengedaran dan penjualan. Sekiranya kita bercakap tentang penjualan, walaupun Kimetsu no Yaiba mempunyai pengedaran yang baik, tetapi tiada yang berjaya mengalahkan rekod One Piece.

Muka depan jilid 22

Mesti ramai peminat yang gembira untuk kejayaan ini kan? Manga Kimetsu no Yaiba berakhir pada awal tahun ini ketika Gotouge mengakhiri ceritanya. Penamat ini memang riuh pada bulan Mei lalu, dan masih sangat laku walaupun kita sekarang sudah bulan September disebabkan ramai pembaca tidak dapat memperoleh jilid terakhir kerana permintaannya yang tinggi.

Seperti yang anda bayangkan, ramai yang ingin tamatkan manga sebelum filem anime ini dilancarkan tetapi kita ada satu lagi berita baik. Filem Mugen Train akan hadir dengan prekuel manga sendiri yang berfokus pada Rengoku, supaya peminat dapat memahami lagi jalan cerita.

Adakah anda kagum dengan pencapaian terbaru Kimetsu no Yaiba? Kongsi pendapat dengan kami di ruang komen.

Sumber- ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDemon SlayerDemon Slayer: Kimetsu no YaibaKimetsu No Yaibamangarekodshonen jumpShueisha
Previous Post

Masa untuk rasa Teruja! Game Yakuza terbaru akan didedahkan hujung minggu ini!

Next Post

[TGS2020] Projek “multiplatform” Assault Lily Last Bullet dilancarkan untuk mobile & PC! Pra-daftar sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[TGS2020] Projek “multiplatform” Assault Lily Last Bullet dilancarkan untuk mobile & PC! Pra-daftar sekarang!

[TGS2020] Projek "multiplatform" Assault Lily Last Bullet dilancarkan untuk mobile & PC! Pra-daftar sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd