Setelah memantau hacker di Fall Guys: Ultimate Knockout dan mengumpulkan data selama lebih daripada sebulan, Cheater Island dilancarkan untuk menempatkan semua hacker di satu tempat.. tetapi malangnya, cara ini tidak dapat tahan lama.
After we confirmed that it was working – We secretly launched
Fall Guys Cheater Island™
It was a magical place where cheaters could happily compete against themselves for the Cheater's Crown*
*Literally just a normal crown but tainted with a hollow feeling of guilt and regret
— Fall Guys (@FallGuysGame) September 14, 2020
Tujuan Mediatonic adalah untuk mempadankan hacker di Fall Guys: Ultimate Knockout dengan hacker lain. Semasa pelancaran, Mediatonic telah mencipta perisian pengesanan cheater mereka sendiri, tetapi daripada mengharamkan hacker, para pemaju mengumpulkan data dengan berhati-hati untuk memastikan bahawa perisian tersebut tidak menandakan pemain yang tidak bersalah secara tidak sengaja. Selepas perisian ini didedahkan, hacker yang dikesan akan akan memberitahu hacker lain. Mediatonic berharap ini akan mengurakan keseronokan hacker, dan sebagai balasan, membuat mereka berhenti menipu. Tetapi “ramai yang berterusan.”
Sebelum ini, cheater yang dikesan akan “jatuh selamanya”, yang bertindak sebagai loading screen. Selepas hacker sedar tentang hal ini pula, mereka menemui cara lain di mana hacker akan bekerjasama dengan rakan-rakan yang tidak menggunakan perisian menipu dan dapat masuk ke dalam permainan. Penipu juga dapat menggunakan fitur “family sharing” untuk berkongsi permainan ke akaun lain dan menggunakannya untuk melepasi perisian pengesanan cheater Mediatonic.
Cheaters also realised that they could use family-sharing to share their game to another account… and then use the other account to bypass Cheater Island
We disabled Family-Sharing to fix this problem
Dealing with cheaters is difficult… they're honestly very crafty
— Fall Guys (@FallGuysGame) September 14, 2020
Segala taktik Mediatonic akhirnya berubah pada minggu lepas apabila ada cukup banyak pemain Fall Guys untuk mengisi Cheater Island. Pada ketika ini, Fall Guys tidak memberitahu khayalak umum bahawa pemaju mereka menggunakan fitur ini untuk menangani hacker. Oleh itu, ketika pemain mula memuat naik video huru-hara yang berlaku tetapi masih menampilkan pemain yang tidak menipu, Mediatonic menjadi risau kerana perisian tetap mengesan pemain yang tidak bersalah, dan tidak berjaya menangkap hampir semua hacker.
Here's another video that we think is Cheater Island
The person recording isn't cheating…
Either they didn't cheat, just for the video…
Or it's a genuine server and a legit player…
Either way, it makes the game look bad pic.twitter.com/wxTyIA9Urr
— Fall Guys (@FallGuysGame) September 14, 2020
Tidak lama kemudian, Cheater Island pun ditamatkan dan hacker kini tidak dapat masuk ke Fall Guys. Namun, Mediatonic akan terus berusaha untuk mengesan cheater dan memperbaiki sistem mereka di mana sistem Anti-Cheat oleh Epic Games akan ditambahkan.
Fall Guys: Ultimate Knockout kini tersedia untuk PC dan PS4.
@gamersantaimy
Discussion about this post