Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UbiForward] Rainbow Six Siege menerima upgrade next-gen percuma & acara esports “piala dunia”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2020
in Artikel, Battle Royale, Berita, Livestream, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[UbiForward] Rainbow Six Siege menerima upgrade next-gen percuma & acara esports “piala dunia”!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft telah mengumumkan bahawa apabila Rainbow Six Siege keluar di PlayStation 5 dan Xbox Series X pada akhir tahun ini, pemain generasi sekarang akan mendapat upgrade percuma ke konsol baru tersebut, bersama sokongan permainan dalam talian. Pengumuman ini datang selepas pelancaran musim baru, Shadow Legacy, yang menampilkan watak Splinter Cell kegemaran ramai, Sam Fisher.

Rainbow Six Siege telah menjadi kejayaan yang besar untuk Ubisoft dalam lima tahun sejak ia dilancarkan. Walaupun pelepasan awal mengecewakan peminat kerana kekurangan kandungan, Ubisoft kekal memperbaiki permainan dari masa ke masa dengan menambah Operator baru dan kemas kini kandungan untuk memastikan peminat tetap seronok. Usaha berterusan ini amat berbaloi kerana tahun lalu, Rainbow Six Siege mempunyai lebih daripada 50 juta pemain dalam talian. Kejayaan ini mendorong pembentukan Rainbow Six World Cup, sebuah acara esports yang mengumpulkan 45 negara untuk bersaing secara kompetitif.

Permainan itu juga sudah jauh maju. Semasa siaran langsung Ubisoft Forward hari ini, pembangun meluangkan masa untuk menceritakan masa depan Rainbow Six Siege. Walaupun sudah berusia lima tahun, Rainbow Six Siege ini akan berterusan pada konsol generasi berikutnya, lengkap dengan resolusi 4K dan 120 FPS. Versi yang ditingkatkan ini akan tersedia pada akhir tahun 2020.

Upgrade @Rainbow6Game for next gen consoles at no additional cost to play in 120fps at 4K 😚👌#RainbowSix | #UbiForward

— Ubisoft (@Ubisoft) September 10, 2020

Peminat dapat menikmati permainan ini pada konsol generasi seterusnya juga kerana Ubisoft menawarkan upgrade percuma untuk pemain PS4 dan Xbox One. Berita lebih baik lagi ialah Rainbow Six Siege akan menawarkan “cross-gen multiplayer”, jadi peminat yang tidak mampu membeli PS5 atau Xbox Series X|S masih dapat menikmati pengalaman multiplayer dengan peminat yang sudah naik taraf.

Untuk segala info tentang Rainbow Six Siege, sila klik di sini.

Muat turun di sini
Tom Clancy's Rainbow Six® Siege
Developer: Ubisoft
Release Date: 2015-12-02
Microsoft Windows, PlayStation 4
Tom Clancy's Rainbow Six Siege adalah sebuah permainan FPS yang dimajukan oleh Ubisoft dan sangat terkenal dalam dunia esports. Pelbagai pilihan operator untuk mengejr kemenangan pasukan anda
Tags: ps5Rainbow Six SiegeRainbow Six World CupubisoftUbisoft ForwardXbox Series X
Previous Post

Masuk kedalam otak Psyho kegemaran anda di DLC 4 Borderlands 3 yang kini hadir!

Next Post

Mencari phone bajet? vivo Malaysia secara rasmi mendedahkan Y20 hanya RM599!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mencari phone bajet? vivo Malaysia secara rasmi mendedahkan Y20 hanya RM599!

Mencari phone bajet? vivo Malaysia secara rasmi mendedahkan Y20 hanya RM599!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd